awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wiz Khalifa dipenjara 9 bulan di Romania kerana hisap ganja atas pentas

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2025
22:30 MYT
Wiz Khalifa dipenjara 9 bulan di Romania kerana hisap ganja atas pentas
Khalifa memohon maaf kepada rakyat Romania dan berkata dia “tidak berniat untuk tidak menghormati undang-undang negara itu”. - Foto AP
BUCHAREST: Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Wiz Khalifa, telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh mahkamah Romania selepas didapati bersalah kerana memiliki dan menghisap ganja secara terbuka semasa membuat persembahan di sebuah festival muzik musim panas lalu.
Insiden itu berlaku pada Julai 2024 ketika Khalifa, 37, tampil di pentas utama Festival Muzik “Beach, Please!” di Costinești, sebuah lokasi pelancongan popular di pesisir Laut Hitam.
Ketika persembahan, beliau dilihat menyalakan dan menghisap sebatang rokok ganja di hadapan ribuan penonton, mencetuskan siasatan jenayah oleh pihak berkuasa Romania.
Menurut dokumen mahkamah, Khalifa, nama sebenar Cameron Jibril Thomaz, didapati memiliki lebih 18 gram ganja dan menggunakannya secara terbuka, satu kesalahan serius di bawah undang-undang dadah Romania.
Beliau ditahan sejurus selepas persembahan dan dibebaskan dengan ikat jamin, namun siasatan diteruskan sehingga membawa kepada pendakwaan rasmi pada Oktober lalu.
Dalam kenyataan di media sosial selepas penahanannya, Khalifa memohon maaf kepada rakyat Romania dan berkata dia “tidak berniat untuk tidak menghormati undang-undang negara itu”.
Peguam Khalifa berhujah bahawa tindakan anak guamnya tidak bertujuan mencabar undang-undang tempatan, sebaliknya mencerminkan perbezaan budaya dan perundangan antara AS dan Romania.
Namun, mahkamah menolak rayuan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan tanpa penangguhan.
Kes ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dan komuniti muzik antarabangsa, dengan sesetengah pihak menyifatkan hukuman itu sebagai terlalu berat, manakala yang lain menegaskan pentingnya menghormati undang-undang negara tuan rumah.
Romania mengklasifikasikan ganja sebagai “dadah berisiko”, dan penggunaannya, walaupun dalam jumlah kecil, boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.
Kes Khalifa menjadi antara yang paling berprofil tinggi melibatkan selebriti antarabangsa yang melanggar undang-undang dadah negara Eropah Timur itu.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pengurusan Khalifa berhubung sama ada beliau akan merayu keputusan tersebut atau menjalani hukuman di Romania.
Topic Berkaitan
#Wiz Khalifa
#penjara
#ganja
#pentas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan