BANGKOK: Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan lawan dengan pukulan 'knockout' (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di sini, Jumaat malam.
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan 'Flyweight Muay Thai' untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.
Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.
Johan, yang lebih dikenali sebagai 'Jojo', turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).
"Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan," katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.
Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap, berkata beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.
"Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini... maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.
"Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten," katanya.
Tahun lepas, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Johan berkata beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship. - Instagram Muhammad Johan Ghazali Zulfikar
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.
One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
Jaguh Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat.
One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang
Peningkatan bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali dalam ONE Championship telah dicanang sebagai pengganti Rodtang Jitmuangnon.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO
Atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum menerusi Technical Knockout (TKO).
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi
Petarung sensasi muda negara dari ONE Championship, Johan 'Jojo' Ghazali bakal membuat penampilan istimewa di AWANI Pagi, Sabtu ini.
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.