Zinedine Zidane menyelar pasukan kendaliannya, Real Madrid, yang dilabelnya sebagai kurang kesungguhan selepas membiarkan Legia Warsaw bangkit mengikat kedudukan 3-3, biarpun pada satu ketika penyandang juara Liga Juara-Juara itu selesa mendahului dengan 2-0.
Gareth Bale hanya memerlukan 57 saat untuk membuka tirai gol menerusi usaha dari jarak jauh untuk muncul sebagai pemain Real Madrid yang menjaringkan gol terpantas dalam kempen itu, dan kemudiannya menjadi arkitek bagi gol kedua Real Madrid yang disudahkan Karim Benzema.
Tuan rumah bagaimanapun bangkit pada penghujung babak kedua sebelum menjaringkan dua gol lagi pada babak seterusnya menerusi Miroslav Radovic dan Thibault Moulin.
Mujur, Mateo Kovacic sempat menyelamatkan maruah Real Madrid ketika perlawanan berbaki dua minit lagi untuk menyamakan kedudukan biarpun pintu gol Real Madrid sempat cemas dengan usaha terakhir Lucas Vazquez yang mengenai palang gol.
Keputusan itu menangguh hajat kelab gergasi Sepanyol tersebut untuk menjamin tempat ke peringkat 16 pasukan.
Namun, kedudukan mereka dalam Kumpulan F masih selamat dengan kelebihan lima mata di depan pasukan di tangga ketiga, Sporting CP, dan dua mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund, dengan baki dua perlawanan lagi.
"Ia perlawanan yang aneh dan kami gagal melakukan seperti yang kami kehendaki," kata Zidane kepada beIN Sports. "Kami serba-serbi sedikit kekurangan sesuatu, terutamanya kesungguhan. Kami kehilangannya dan dibolosi, kami tidak kalah, tapi berasa teruk. Kami perlu menilai semula persembahan kami.
"Apabila mendahului dengan 2-0, anda perlu lebih banyak berfikir dan lebih bersatu sebagai sebuah pasukan. Kami gagal melakukannya, kami memberi mereka lebih banyak ruang.
"Sudah tentu sukar untuk mengungguli peringkat kumpulan, tapi itu tidak akan mengubah segalanya. Kami masih boleh menamatkan saingan di kedudukan teratas dan kami mensasarkannya."
Astro Arena
Thu Nov 03 2016
Penyerang pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengawal bola sewaktu aksi LIga Juara-Juara menentang Legia Warsaw pagi ini. - ODD ANDERSEN / AFP
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hanya seri, Zidane kecewa dengan kesungguhan pemain Real Madrid
Zinedine Zidane menyelar pasukan kendaliannya, Real Madrid, yang dilabelnya sebagai kurang kesungguhan selepas membiarkan Legia Warsaw bangkit mengikat kedudukan.
Liga Juara-Juara: Real Madrid berpesta gol di tempat sendiri
Real Madrid bergelut di awal permainan sebelum membenam Legia Warsaw 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.