awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya tiga kes positif doping pada 2017 - Khairy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/11/2017
05:53 MYT
Hanya tiga kes positif doping pada 2017 - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata kejayaan pengurangan kes doping itu hasil saringan bahan terlarang oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) yang mewajibkan setiap atlet menjalaninya. - Gambar fail/Astro AWANI
Kes doping melibatkan atlet negara berjaya dikurangkan kepada tiga kes tahun ini berbanding 16 kes pada 2014.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kejayaan pengurangan kes doping itu hasil saringan bahan terlarang oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) yang mewajibkan setiap atlet menjalaninya.
Saringan itu mewajibkan atlet negara menyerahkan senarai makanan tambahan, suplemen dan ubat yang diambil oleh mereka.
"Adamas juga bekerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan untuk memastikan atlet sendiri menjaga pemakanan dan tahap disiplin yang tinggi.
"Adamas juga akan melaksanakan lebih banyak program membabitkan isu berkenaan termasuk memberi ruang kepada atlet negara berinteraksi dengan pegawai anti doping dan pemakanan bagi mengetahui secara lanjut mengenai barang terlarang.
"Menerusi kaedah terbabit, kes doping secara tidak langsung boleh dikurangkan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ujarnya, saringan yang diperkenalkan sejak 2014 itu bertujuan memastikan tiada bahan terlarang digunakan atlet sebelum dan ketika berlangsungnya mana-mana kejohanan sukan antarabangsa.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin mengetahui mekanisme dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan atlet negara bebas daripada bahan terlarang sebelum menyertai acara sukan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#ADAMAS
#Agensi Anti-Doping Malaysia
#bahan terlarang
#Dadah
#doping
#KBS
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan