KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk menyenarai semula angkat berat dalam sukan teras negara selepas isu doping membabitkan atlet sukan itu diselesaikan, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata KBS memberi komitmen tinggi bagi memastikan isu doping negara diselesaikan, bagaimanapun penggiat sukan angkat berat juga berperanan penting dalam memastikan para atlet negara tidak lagi terpalit dengan isu berkenaan.
"Atlet angkat berat menunjukkan peningkatan prestasi yang begitu menakjubkan dan tentunya kami akan pertimbang semula untuk menyenaraikannya ke dalam sukan teras.
"Asalkan masalah doping tidak berlaku lagi, selepas itu baru sukan ini (angkat berat) dimasukkan semula ke dalam senarai sukan teras negara," katanya dalam temu bual eksklusif di Bernama Radio di sini pada Khamis.
Ahmad Faizal berkata KBS turut mempertimbangkan untuk menyenarai semula sepak takraw dalam sukan teras, namun persatuan sepak takraw kebangsaan (Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia) perlu menyelesaikan kemelut yang dialami mereka.
Angkat berat dan sepak takraw menjadi antara tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain taekwondo pada 2017 susulan prestasi ketiga-tiga sukan itu yang semakin merosot selain sukan angkat berat berdepan pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal optimis kontinjen Malaysia mampu membawa pulang pingat lebih daripada sasaran yang ditetapkan pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kepada kejayaan skuad angkat berat negara menerusi Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin yang meraih emas pertama dan kedua meskipun kedua badang negara itu tidak menjadi prospek emas di temasya berprestij itu.
"Ini merupakan emas bonus buat negara dan satu pencapaian yang membanggakan, begitu juga pasukan campuran badminton yang tidak diletakkan sasaran tinggi tetapi berjaya membawa pulang emas walaupun ketiadaan jaguh badminton negara Lee Zii Jia.
"Saya yakin sekiranya para atlet bebas daripada segala kecederaan, negara mampu mencapai sasaran enam pingat dan mungkin lebih dari enam pingat," katanya.
Setakat hari keenam temasya dwitahunan itu pada Rabu, Malaysia berjaya mengumpul tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Ahmad Faizal berkata KBS turut mempertimbangkan untuk menyenarai semula sepak takraw dalam sukan teras, namun persatuan sepak takraw kebangsaan perlu menyelesaikan kemelut yang dialami mereka. - Gambar fail
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.