awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga tiket mahal, BAM pastikan Terbuka Malaysia 2023 berbaloi

Bernama
Bernama
06/12/2022
04:57 MYT
Harga tiket mahal, BAM pastikan Terbuka Malaysia 2023 berbaloi
Kenny Goh berharap penganjuran kejohanan yang bakal menjadi pembuka tirai siri Jelajah Dunia BWF, akan memberikan pulangan besar serta menyajikan pengalaman menakjubkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan penganjuran Terbuka Malaysia 2023 pada 10 hingga 15 Jan tahun depan benar-benar berbaloi sekali gus bertepatan dengan harga tiket tinggi yang dibayar peminat.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berharap penganjuran kejohanan yang bakal menjadi pembuka tirai siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan memberikan pulangan besar serta menyajikan pengalaman menakjubkan buat penonton di Axiata Arena kelak.
"Seperti semua tahu kejohanan kali ini merupakan acara Super 1000 atau dalam erti kata lain 'Grand Slam' bagi badminton.
"Kami akan cuba buat yang terbaik (untuk) pastikan peminat dapat pengalaman yang amat menggembirakan dan seterusnya dapat dijadikan sebagai satu memori yang mampu diingati buat selama-lamanya," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.
BAM menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan jualan tiket yang mula dibuka sejak 11 pagi Isnin mendapat sambutan hangat dengan beberapa kategori tiket hampir habis dijual.
Kenny berkata acara Super 1000 juga bakal menampilkan seramai 30 bintang badminton dunia bagi setiap kategori.
Beliau pada masa sama mahu penganjuran karnival di luar venue seperti yang dilaksanakan pada edisi tahun ini akan dapat diteruskan dalam usaha menyemarakkan lagi kemeriahan Terbuka Malaysia 2023.
"Saya harap para peminat yang hadir dapat memberikan sokongan padu bukan sahaja terhadap Terbuka Malaysia 2023 malah pemain kebangsaan kita. Terima kasih kepada semua atas sambutan amat menggalakkan ini," katanya.
Terbuka Malaysia yang dinaik taraf kepada Super 1000 dari Super 750 bermula tahun depan adalah kejohanan peringkat teratas Jelajah Dunia BWF dengan menawarkan hadiah wang tunai lebih besar serta mata ranking dunia lebih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia
#badminton
#Kenny Goh
#harga tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan