awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari paling menggembirakan - reaksi Sharapova kepada CAS

Astro Arena
Astro Arena
05/10/2016
04:38 MYT
Hari paling menggembirakan - reaksi Sharapova kepada CAS
SHARAPOVA: Tenis adalah keghairahan saya dan saya merinduinya. Saya sedang menghitung hari sehingga saya dapat kembali ke gelanggang. - AFP Photo / Fail
MARIA Sharapova berkata keputusan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) untuk mengurangkan penggantungannya daripada dua tahun kepada 15 bulan telah memberikannya “salah satu hari paling menggembirakan”.
Jaguh Russia itu pada asalnya digantung sehingga Januari 2018, selepas diuji positif bagi bahan terlarang, meldonium, dalam Terbuka Australia tahun ini.
Bagaimanapun, Sharapova mendakwa tidak menyedari meldonium telah ditambah kepada senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada awal tahun 2016 dan rayuannya kepada CAS menyaksikan penggantungannya dipendekkan sembilan bulan.
Maka, Sharapova akan bebas untuk kembali ke gelanggang pada April 2017.
“Saya melalui salah satu hari paling sukar dalam kerjaya saya Mac lalu apabila mendapat tahu mengenai penggantungan saya.
“Hari ini pula adalah salah satu hari yang paling menggembirakan kerana saya mendapati saya boleh kembali kepada tenis pada April (2017)," katanya dalam satu kenyataan.
“Dalam banyak hal, saya berasakan sesuatu yang saya sukai telah diragut daripada saya dan saya rasa benar-benar gembira mendapatkannya semula.
“Tenis adalah keghairahan saya dan saya merinduinya. Saya sedang menghitung hari sehingga saya dapat kembali ke gelanggang.”
Topic Berkaitan
#CAS
#Maria Sharapova
#penggantungan
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan