KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama pasukannya mengalami kekalahan 1-4 kepada musuh tradisi mereka dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi.
Cheng Hoe menegaskan anak buahnya gagal untuk bangkit dalam perlawanan wajib menang untuk layak ke separuh akhir walaupun beraksi dengan baik dalam 15 minit pertama, yang menyaksikan mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi serangan R. Kogileswaran pada minit ke-12.
Selain itu, Cheng Hoe turut memaklumkan pasukannya benar-benar terkesan dengan ketiadaan dua pemain pertahanan tengah, Kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Shahrul Mohd Saad yang disisihkan akibat kecederaan, menyebabkan pasukan itu dibolosi gol mudah dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Singapura.
"Kami tidak cukup kuat dalam situasi satu lawan satu dan kami gagal menahan pemain mereka yang sangat pantas terutama dalam transisi permainan. Secara keseluruhan, kami kecewa dengan keputusan itu dan kami perlu lupakannya untuk maju ke depan," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Mengulas mengenai strategi 'menolak' pemain pertahanan, Dion Cools bermain di bahagian atas pada separuh masa kedua, Cheng Hoe berkata beliau mengambil risiko berkenaan demi melihat pemain kelab berpangkalan di Denmark, FC Midtjylland itu untuk membantu pasukannya menyamakan kedudukan selepas mereka ketinggalan satu gol pada separuh masa kedua.
Malangnya, Cheng Hoe berkata strategi itu ternyata memakan diri apabila gawang pasukannya 'bocor' sebanyak dua kali, sekali gus menyebabkan skuad negara gagal mencapai sasaran untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, selepas edisi terakhir pada 2018.
Malaysia menduduki tempat ketiga kumpulan dengan enam mata daripada empat perlawanan.
Keputusan malam tadi juga menyaksikan Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan dwitahunan itu buat kali kedua sejak 2016 dalam enam penganjuran terakhir.
Ia adalah kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertembungan terakhir mereka di pentas Piala AFF.
Kemenangan ke atas Malaysia itu membolehkan Indonesia yang dibimbing oleh Shin Tae-yong mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, sama seperti Vietnam yang berada di tangga kedua dengan jurang perbezaan gol.
Bekas jurulatih Kedah itu juga ternyata kecewa melihat Harimau Malaya tidak dapat membuat persiapan yang baik menjelang kejohanan itu berbanding Vietnam dan Indonesia selain berharap dapat memiliki perancangan serta strategi lebih baik untuk beraksi dalam mana-mana pertandingan pada masa akan datang.
Sementara itu, Tae-yong ternyata gembira dengan persembahan anak buahnya yang tidak panik selepas Malaysia menyumbat gol pertama perlawanan, malah terus yakin pada diri mereka sendiri yang akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan empat gol untuk meraih tiga mata, malam tadi.
Dalam pada itu, penjaring gol ketiga Indonesia yang juga pemain terbaik perlawanan, Pratama Arhan bersyukur dapat membantu pasukannya meraih kemenangan dan berikrar untuk bekerja lebih keras pada separuh akhir menentang tuan rumah, Singapura dalam usaha mara ke pentas final.
Indonesia akan menentang Singapura, yang merupakan naib juara Kumpulan A, dalam separuh akhir pertama pada 22 Dis manakala perlawanan timbal balik berlangsung 25 Dis.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Thailand, yang menjuarai Kumpulan A, akan menentang penyandang juara, Vietnam pada 23 Dis dan 26 Dis.
Semua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir, yang dijalankan secara timbal balik, berlangsung pada 29 Dis dan 1 Jan 2022, di Stadium Nasional Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Ketidakupayaan berdepan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama Harimau Malaya kalah 1-4 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi. Facebook FAM
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.