awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya daki dua anak tangga, kini ranking ke-132 dunia

Bernama
Bernama
19/09/2024
09:47 MYT
Harimau Malaya daki dua anak tangga, kini ranking ke-132 dunia
Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas. - FB FAM
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Mengikut laman sesawang www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.
Perkembangan positif itu dicapai susulan kejayaan menamatkan kemarau 11 tahun muncul juara saingan Pestabola Merdeka 2024 berlangsung dari 2 hingga 10 Sept lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini yang disertai juara bertahan Tajikistan, Lebanon dan Filipina.
Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan daripada negara Asia Tenggara lain antaranya Vietnam di kedudukan ke-116 sementara Thailand ke-100.
Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik ialah Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, Iran (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-25) dan Arab Saudi (ke-56).
Sementara itu, juara Piala Dunia 2022 Argentina kekal sebagai pasukan nombor satu dunia diikuti Perancis di tempat kedua, Sepanyol (ketiga), England (keempat) dan Brazil melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking FIFA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pasukan bola sepak Malaysia
#ranking FIFA
#tempat ke-132 dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan