KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan siri aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan dengan satu lagi kekalahan besar selepas dibelasah Uzbekistan 5-1, malam tadi.
Skuad Harimau Malaya ternyata gagal mengimbangi tempo permainan pantas Uzbekistan yang kerap kali mengkucar-kacirkan barisan pertahanan sehingga mengakibatkan gawang negara bolos lima kali dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan.
Hantaran dari pemain pertahanan, Farrukh Sayfiev hasil dari gerakan di sebelah kiri padang tidak disia-siakan Dostonbek Khamdamov yang melepaskan sepakan dari jarak dekat bagi meletakkan pasukan lawan di depan 1-0 pada minit ke-17.
Skuad kendalian jurulatih Slovenia, Srecko Katanec yang terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menggandakan jaringan apabila Dostonbek yang langsung tidak dikawal benteng terakhir pasukan kebangsaan menanduk masuk gol kedua peribadinya pada minit ke-29.
Empat minit kemudian, bahagian sebelah kiri skuad negara terus menjadi lubuk buat Uzbekistan apabila umpanan Farrukh pula disambut dengan tandukan Khusayin Norchaev bagi meletakkan mereka selesa di depan dengan kelebihan tiga gol tanpa balas.
Bagaimanapun, usaha skuad negara menekan Uzbekistan membuahkan hasil apabila bola sepakan Mohamad Faisal Abdul Halim yang terkena tiang kiri gawang lawan singgah di kaki pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar untuk merembat masuk gol pertama negara pada masa kecederaan babak pertama.
Saingan di awal babak kedua pula menyaksikan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menghalang dua percubaan berbahaya Uzbekistan, masing-masing menerusi tandukan Otabek Shukurov pada minit ke-55 dan sepakan kencang penyerang kelab AS Roma, Eldor Shomurodov dua minit kemudian.
Namun, corak serangan pantas pasukan ke-84 dunia itu mengundang padah buat skuad negara apabila giliran pemain simpanan, Ibrokhimkhalil Yuldoshev, memanfaatkan lorongan mengelirukan kapten pasukan Jaloliddin Masharipov, untuk menghasilkan gol keempat negaranya pada minit ke-67.
Percubaan terbaik skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk menambah jaringan hadir pada minit ke-81 namun sepakan lencong Syafiq Ahmad tepat ke dakapan penjaga gol lawan sebelum Azizbek Amanov menolak masuk gol kelima Uzbekistan pada minit ke-88 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Rabu lepas, Malaysia yang menduduki ranking ke-154 tewas 0-4 kepada Jordan yang menghuni tangga ke-93 dunia pada aksi di Stadium King Abdullah II di Amman.
Skuad kebangsaan akan bersaing merebut kejuaraan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung di Singapura pada Disember ini, sebelum menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Malaysia menamatkan siri aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan dengan satu lagi kekalahan besar selepas dibelasah Uzbekistan 5-1, malam tadi. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.