awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya kini ranking ke-118 dunia, pintas Indonesia

Bernama
Bernama
17/10/2025
13:43 MYT
Harimau Malaya kini ranking ke-118 dunia, pintas Indonesia
Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,161.53 mata sekali gus naik lima anak tangga berbanding kedudukan ke-123 bulan lalu. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak lelaki negara berjaya menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia apabila menghuni tangga ke-118 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ringkasan AI
  • Malaysia naik ke tangga ke-118 ranking FIFA selepas meraih dua kemenangan ke atas Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027.
  • Harimau Malaya kini ketiga terbaik ASEAN di belakang Thailand dan Vietnam serta memintas Indonesia.
  • Sepanyol kekal nombor satu dunia diikuti Argentina dan Perancis dalam ranking FIFA terbaharu.

Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,161.53 mata sekali gus naik lima anak tangga berbanding kedudukan ke-123 bulan lalu.
Peningkatan itu hasil dua kemenangan bergaya ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, baru-baru ini yang menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski itu mempamerkan aksi meyakinkan.
Skuad negara menang 3-0 pada aksi pertama di Vientiane sebelum membelasah lawan sama 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kini berada di tangga ketiga terbaik, di belakang Thailand yang menghuni ranking ke-96 dan Vietnam di tangga ke-111, selain turut memintas Indonesia yang berada di kedudukan ke-122.
Sementara itu, juara Euro 2024, Sepanyol kekal mendominasi tangga teratas ranking dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis di tangga ketiga.
Kemas kini seterusnya ranking FIFA dijadualkan pada 21 November depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#ranking FIFA
#skuad bola sepak
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan