PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya yang naik ke posisi 138 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berpotensi menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin percaya pasukan negara akan terus mendaki ke kedudukan terbaik jika berjaya meraih keputusan positif dalam keseluruhan enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober depan.
Hamidin berkata skuad bimbingan Kim Pan Gon juga boleh mengutip lebih banyak mata ranking dalam dua perlawanan aksi kumpulan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bermula pada November.
"Jadi kalau proses ini berjalan sampai November dan kejayaan banyak memihak Malaysia, kita mungkin naik ke tangga 120 lebih, itu memang keinginan kita tetapi kita perlu bekerja keras dan yang penting kita perlu mempertahankan ranking FIFA ini.
"Kita tidak boleh kalah berterusan (seperti) yang terjadi sebelum ini, kalau kita lihat bermula hujung tahun 1995 hingga 2010 satu keadaan yang tidak bagus iaitu kita jatuh merudum," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.
Malaysia naik tujuh anak tangga daripada kedudukan 145 untuk berada di posisi 138 dalam ranking FIFA yang dikeluarkan bulan ini susulan dua kemenangan masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, bulan lepas.
Di kedudukan ke-138, skuad Harimau Malaya dipisahkan 63 anak tangga daripada posisi terbaik pernah dicapai iaitu kedudukan ke-75 pada 1993.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata Pan Gon bersama Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan dirinya harus bijak dalam percaturan menentukan pasukan yang akan bermain menentang skuad Harimau Malaya demi mempertahankan ranking dan pada masa sama meningkatkan kualiti pasukan.
Menurut beliau, ranking pasukan negara tidak akan terus melonjak sekalipun berjaya menumbangkan pasukan gergasi dunia, selain ia juga tidak mudah jatuh sekiranya mengalami kekalahan.
"Kalau kalah sekali, kita mesti kekal menang dua atau tiga perlawanan seterusnya supaya ranking tidak tergugat dan kalau hari ini kita menang dengan Brazil, bukan boleh naik nombor satu. Maknanya kita perlu pertahankan ranking dan meningkat secara pelan-pelan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan Malaysia akan melayani kunjungan Kepulauan Solomon dan Yaman pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 Jun ini dengan venue perlawanan hampir pasti di Johor dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Hamidin Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.