awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya terus cemerlang, mudah benam Hong Kong

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2023
16:45 MYT
Harimau Malaya terus cemerlang, mudah benam Hong Kong
Gol pertama Malaysia dijaringkan Akhyar Rashid pada minit ke-18 selepas menerima umpanan cantik Faisal Halim, susulan kesilapan penjaga gol Hong Kong. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang selepas menundukkan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa malam.
Walaupun ketua jurulatih Kim Pan Gon membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya, ia tidak merencatkan permainan pantas skuad negara.
Gol pertama Malaysia dijaringkan Akhyar Rashid pada minit ke-18 selepas menerima umpanan cantik Faisal Halim, susulan kesilapan penjaga gol Hong Kong.
Ketika permainan kelihatan seimbang, Faisal Halim dengan mudah meloloskan diri daripada pertahanan Hong Kong sebelum meledakkan gol kedua pada minit ke-41.
Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan, namun tiada jaringan dihasilkan untuk baki 45 minit terakhir.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia terus mengekalkan rekod tanpa bolos dengan dua kemenangan membabitkan jendela perlawanan antarabangsa FIFA.
Topic Berkaitan
#FIFA
#harimau Malaya
#perlawanan persahabatan
#Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan