awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah mengalu-alukan pembukaan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Istana Negara
Filem kisah kanak-kanak Palestin, Hind Rajab terima pencalonan Oscar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Muda mula kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri

Bernama
Bernama
04/09/2025
00:10 MYT
Harimau Muda mula kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri
Harimau Muda akan beraksi menentang Mongolia (6 Sept) sebelum bertemu Thailand pada aksi terakhir (9 Sept), dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat. - Foto FAM
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara bermula langkah kiri pada kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2026 selepas tewas 0-1 kepada Lubnan dalam aksi Kumpulan F di Pathum Thani, Thailand semalam.
Dalam pertembungan di Stadium Thammasat itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi sengit dalam usaha memburu jaringan awal namun tiada sebarang gol terhasil pada babak pertama.
Selepas aksi separuh masa kedua bersambung, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol dan ketika kedudukan seakan berakhir dengan keputusan seri, pemain tengah Lubnan Ali El Fadl berjaya mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-84.
Harimau Muda akan beraksi menentang Mongolia (6 Sept) sebelum bertemu Thailand pada aksi terakhir (9 Sept), dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat.
Hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Arab Saudi pada Januari depan.
Malaysia sebelum ini layak ke Piala Asia B-23 edisi 2022 (Uzbekistan) dan 2024 (Qatar), dengan pencapaian terbaik ialah mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau muda
#b-23
#Kelayakan Piala Asia B-23 2026
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan