awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Patung replika Cristiano Ronaldo dibakar
Kes rasuah: 'Alhamdulillah, hari ini saya sihat...' - Bekas PTD
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Istana Negara

Bernama
Bernama
23/01/2026
03:10 MYT
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Istana Negara
Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara.
"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata, polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan dan menjalankan ujian pernafasan pemandu dalam siasatan kejadian itu.
"Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166 miligram per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan," katanya.
Beliau berkata, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pemandu itu dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#rempuh palang
#Istana Negara
#Pintu 2 Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan