Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika bekas pemain era 80-an itu ikhlas untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara, tiada sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan tersebut.
Hamidin berkata Khalid yang merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 mungkin mempunyai pandangan yang berguna dan tidak menolak kemungkinan akan wujudnya satu impak positif hasil daripada pertemuan tersebut.
"Saya rasa mungkin ada impak yang positif yang akan terhasil jika diadakan pertemuan itu. Jika hasrat Khalid itu ikhlas untuk membantu memberikan idea bagi memajukan lagi bola sepak negara, saya rasa tiada isu yang perlu kita khuatirkan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama warga bola sepak tanah air di kediamannya di sini, hari ini.
Hamidin seterusnya menjelaskan Khalid tidak perlu menunggu maklum balas daripada TMJ, sebaliknya boleh menghubungi beliau dan menyerahkan hal berkaitan pengaturan pertemuan itu kepadanya.
"Hubungi saja saya ataupun pegawai khas TMJ....saya sendiri akan sampaikan kepada TMJ dan mengaturkan segala perkara berkaitan pertemuan itu nanti," tambahnya.
Rabu lepas Khalid yang dihubungi Bernama menyatakan hasrat untuk bertemu TMJ bagi memberi sokongan kepada baginda dalam memajukan bola sepak negara susulan kekalahan 1-2 Harimau Malaya kepada Lubnan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 pada 14 Jun yang menyaksikan TMJ dihujani kritikan berikutan kekecewaan itu.
Khalid turut mengulas gesaan yang dibuat Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Tun Aminah yang mahu TMJ meninggalkan FAM dan pulang semula bagi mengendali pasukan JDT sebagai tindakan yang mampu memusnahkan jutaan harapan peminat tempatan untuk melihat pembaharuan yang ingin dibawa TMJ.
Khalid bercadang bertemu Tunku Ismail bersama bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal dan pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan serta beberapa legenda bola sepak negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017
Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden FAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi
Leman Jamal, 73, bersyukur dia akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Semai Budi, FELDA Kepis di sini, hari ini.
Arwah adik Ammar tidak sempat sarung seragam polis - Ibu
Seragam yang ditempah khas itu sudahpun siap dijahit pada Sabtu lalu, namun disebabkan keadaan anaknya itu tidak mengizinkan, beliau menangguh terlebih dahulu hasrat tersebut.
Hasrat Khalid Ali bertemu TMJ mungkin tercapai
Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden FAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.
Rumah terbengkalai, hasrat beraya tidak kesampaian
Hasrat seorang pemandu lori untuk beraya pertama di rumah baru tidak kesampaian apabila rumahnya terus terbengkalai.