PORTUGAL 3 SEPANYOL 3
Tiga gol daripada Cristiano Ronaldo membolehkan Portugal menafikan hasrat Sepanyol untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Kumpulan B, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan memulakan aksi di Stadium Olimpik Fisht dengan misi meraih kemenangan, terutamanya selepas masing-masing gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan empat tahun lalu.
Bagaimanapun, Portugal yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keempat, selepas skuad bimbingan Fernando Santos dianugerahkan sepakan penalti susulan tindakan Nacho Fernandez menjatuhkan Ronaldo.
Penggempur Real Madrid itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan peluang tersebut, sekaligus menewaskan penjaga gol, David De Gea.
Kedudukan 1-0 hanya bertahan selama 20 minit, apabila Diego Costa menjaringkan gol penyamaan buat Sepanyol pada minit ke-24, menggelecek tiga pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi Rui Patricio walaupun penyerang Atletico Madrid itu dilihat mengasari Pepe, sebelum itu.
Andres Iniesta hampir meletakkan La Roja di depan pada minit ke-34 menerusi rembatan leret kaki kiri selepas menerima hantaran Jordi Alba, namun percubaan pemain veteran Barcelona itu sekadar sipi di sebelah kiri pintu gol lawan.
Sebaliknya, Portugal menambah gol kedua ketika separuh masa pertama berbaki seminit, sekali lagi menerusi Ronaldo setelah tendangan deras kaki kirinya gagal ditampan De Gea dengan kemas, membolehkan Portugal mendahului 2-1 dalam 45 minit yang pertama.
Bersambung babak kedua, Sepanyol hanya memerlukan sembilan minit untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan kedua peribadi Costa.
Bola sepakan percuma David Silva dari luar kotak penalti ditanduk oleh Sergio Busquets sehingga memberikan ruang buat bekas pemain Chelsea itu untuk mudah menolak masuk, menjadikan kedudukan 2-2.
Belum sempat Portugal memperkemaskan permainan, Sepanyol menambah jaringan untuk meraih pendahuluan buat kali pertama pada minit ke-57.
Nacho menebus kesilapannya menghadiahkan penalti buat lawan sebelum ini, apabila melepaskan sepakan separuh voli menerusi kaki kanan, menyaksikan bola percubaannya terkena tiang sebelum masuk ke gawang dan membuatkan Patricio tewas buat kali ketiga.
Ronaldo berpeluang untuk mengikat kedudukan 3-3 menerusi sepakan percuma pada minit ke-88 dan dia menggunakan kesempatan itu untuk mencatat hatrik pertama di Piala Dunia 2018 menerusi tendangan kencang yang tepat menerjah jaring gol.
Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekaligus memberikan kedua-dua pasukan satu mata selepas aksi pertama Kumpulan B.
Astro Arena
Fri Jun 15 2018
Ronaldo tidak berdepan masalah menyempurnakan peluang, sekali gus menewaskan penjaga gol, David De Gea. - Foto Astro ARENA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.