KUALA LUMPUR: Ibarat peribahasa 'kecil-kecil cili padi' kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Heba Nusaybah Ahmad Mu'az, tidak menjadikan tubuh kecil sebagai faktor penghalang daripada menceburkan diri dalam sukan memanah berkuda sejak dua tahun lepas.
Bahkan, srikandi cilik itu yang merupakan antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut, tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.
"Apa yang penting, kita kena percayakan kuda, kalau tak percaya, nanti penunggang hilang fokus semasa memanah, sedangkan kunci dalam memanah berkuda ialah ketenangan atau lebih penting, kita kena yakin diri, kalau takut, kuda boleh rasa dan akan 'membuli' kita sehingga tidak dapat mengawalnya.
"Sama seperti manusia, kuda juga ada emosi dan tahu perasaan kita yang menunggangnya sama ada kita takut, cemas, ego atau berdebar," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Bernaung di bawah kelab ARBA Equestrian Archer, Heba Nusaybah dan abangnya, 'Abdurrahman Ahmad Mu'az, 13, bukanlah nama asing dalam sukan itu.
Antara pertandingan yang mereka sertai ialah Kejohanan Memanah Berkuda Hari Santri Indonesia 2023 di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia; Liga Memanah Berkuda Malaysia 2023 di Cape Cavellho, Rembau, Negeri Sembilan; Liga Memanah Berkuda Tahfiz Malaysia 2023 di Yan, Kedah dan Kejohanan Memanah Berkuda Remaja Kebangsaan 2023 siri pertama dan kedua yang masing-masing diadakan di Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Batu Kurau, Perak.
Walaupun sukan itu lebih didominasi golongan Adam, Heba Nusaybah sama sekali tidak gentar untuk bersaing sebaliknya bersedia mengukur tahap kemampuan diri.
Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata minatnya dalam aktiviti memanah berkuda didorong oleh ibunya yang sering membawa mereka adik-beradik ke Rubinga Equestrian Park Gombak, di sini.
"Menunggang kuda adalah antara hobi ibu, jadi secara tidak langsung kami adik-beradik akan turut serta sekali. Lama-kelamaan, timbul rasa minat dan akhirnya terus jatuh cinta dengan sukan ini," katanya yang menjadikan pasangan adik-beradik dari Indonesia, Arum Nazlus Shobah dan Arsa Wening Arrosyad, sebagai idola.
Sementara itu, ibu Heba Nusaybah yang juga bertindak sebagai pengurusnya, Nurul Fathim Ridayu Ramli, 38, berkata aktiviti memanah dan berkuda adalah antara aktiviti yang mendekati sunnah Rasulullah SAW.
Menurutnya, keterlibatan dua anaknya itu secara serius dalam sukan memanah berkuda bermula selepas menjalani latihan di Bogor dan Riau, Indonesia dengan jurulatih berpengalaman pada Disember 2022.
"Walaupun jauh, mereka mendapat bimbingan secara terus dengan jurulatih selama tiga bulan menerusi aplikasi Whatsapp. Setiap hari mereka perlu membuat latihan memanah 200 panahan dan mengambil video untuk diberi kepada jurulatih.
"Kunci utamanya ialah latihan memanah itu sendiri, yang perlu dibuat dengan sekerap mungkin manakala kemahiran menunggang kuda dibuat seminggu sekali," katanya sambil memberitahu anak-anaknya itu sering berulang-alik ke Riau setiap bulan.
Mengenai kos sukan itu, Nurul Fathim Ridayu tidak menafikan ia memerlukan perbelanjaan besar dan mahal, justeru, bagi mengurangkan bebanan, ibu kepada enam anak berusia antara dua hingga 14 tahun itu mengusahakan pelbagai aktiviti yang boleh menjana pendapatan kepada dua anaknya.
"Saya lebih suka biarkan anak belajar berdikari dalam mencari duit. Jika mereka berminat dengan sesuatu perkara, mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.
"Jadi, antara cara lain untuk mencari duit poket adalah dengan berjualan di stable (kandang kuda) selain membuat sendiri anak panah busur dan menjualnya, serta mengadakan kelas belajar memanah dan berkuda," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap sukan memanah berkuda diiktiraf di bawah Kementerian Belia dan Sukan sekali gus dapat memperkasakan penglibatan atlet tersebut dalam industri sukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Heba Nusaybah (kanan) menceburkan diri dalam sukan memanah berkuda sejak hampir dua tahun lepas ketika ditemui baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda
Srikandi cilik antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.