Pemain Kelantan berpengalaman luas dalam perlawanan akhir sejak beberapa tahun lepas dan ini memberi sedikit kelebihan ketika menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Sebaliknya, ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh hanya tampil pada perlawanan akhir pada 1997 dan kalah 1-0 kepada Selangor.
"Ini sesuatu yang akan membezakan apabila menentang Pahang nanti. Secara keseluruhan perlawanan ini adalah lebih terbuka dengan masing-masing mempunyai peluang 50-50," kata jurulatih berusia 42 tahun dari Croatia itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di stadium berkenaan pada hari Jumaat.
Hodak berkata walaupun sedih dengan ketiadaan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri kerana digantung akibat dua kad kuning namun beliau boleh bergantung kepada pemain lain untuk membendung jentera serangan pasukan Pahang.
Kapten skuad 'The Red Warriors' itu, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dikenali sebagai 'Piya' pula berkata, beliau tidak berasa tertekan walaupun pihak lawan menganggap beliau perlu diberi perhatian khusus.
Pada masa yang sama, beliau turut mengakui kehilangan Nwaneri bakal menjejaskan rentak permainan pasukan namun menggesa rakan sepasukan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kelantan buat tahun kedua berturut-turut.
"Kita tahu Pahang bukanlah calang-calang pasukan namun kita harap nasib akan berpihak kepada kita sekali lagi.
"Bagi saya, tekanan itu sentiasa ada ketika kita beraksi di final namun saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan kerana yang penting ialah mempertahankan kejuaraan," kata Piya.
Sementara itu, Dollah yang pernah mendakap kejuaraan Piala Malaysia bersama Pahang selaku pemain pada 1992, mengingatkan anak didiknya supaya tidak mengambil mudah kekuatan pasukan lawan walaupun bakal turun tanpa khidmat Nwaneri.
"Yang penting bagi saya ialah pemain dapat pamerkan satu permainan yang menarik sebagaimana yang saya harapkan dan saya percaya dengan semangat juang pemain, kita mampu melakukan sesuatu pada Ahad ini," katanya.
Kapten skuad Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar berkata, kesemua pemain kini bersemangat untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas kali terakhir layak ke final pada 1997.
"Saya rasa ini merupakan peluang terbaik untuk kita (merangkul Piala Malaysia) kerana sejak awal musim, tiada pihak yang menyangka kita akan mara ke final. Saya harap rakan sepasukan dapat menamatkan penantian kita selama 16 tahun ini," katanya.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan pernah bertemu sebanyak dua kalipada saingan kumpulan C Piala Malaysia, musim ini.
Kedua-duanya terikat seri 1-1 pada aksi di Kuantan, 20 Ogos lepas sebelum Kelantan menang selesa 4-0 pada perlawanan timbal balik di Kota Baharu pada 21 Sept.
Bernama
Sat Nov 02 2013
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.
Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.
Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.
Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.
Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.
Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.
KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.