Malaysia gagal menepati sasaran ke final buat julung kali setelah kalah 5-4 kepada Kanada menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di sini, malam tadi.
Malaysia, yang turun dengan semangat berkobar-kobar, memulakan rentak dengan langkah kanan apabila Faizal Saari membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti.
Gol tersebut telah membantu menyemarakkan lagi semangat skuad bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah untuk mengekang gerakan Kanada sebelum Ismail Abu menggandakan jaringan menerusi gol padang pada mini ke-15.
Bagaimanapun, Kanada, dengan niat untuk menebus kekecewaan kalah 4-3 pada perlawanan peringkat kumpulan, Selasa lepas, mengurangkan defisit jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh kapten Scott Tupper pada minit ke-21.
Bersambung pada babak kedua perlawanan, Malaysia kembali mengasak benteng pertahanan Kanada bagi mencari gol ketiga bagi menjauhkan jurang jaringan.
Penjaga gawang negara, S.Kumar berjaya menyelamatkan maruah negara apabila menafikan pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Tupper pada minit ke-45.
Kanada, yang tidak ingin mengalah, berjaya menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut yang dilakukan sekali lagi oleh Tupper pada minit ke-60 dan mengheret perlawanan ke pusingan penentuan pukulan penalti.
Dalam lima percubaan pukulan penalti, Malaysia menyempurnakan empat menerusi dua gol oleh Faizal Saari dan masing-masing satu oleh Faiz Helmi Jali dan Mohd Fitri Saari.
Bagaimanapun, Kanada menyempurnakan kesemua percubaan menerusi dua gol masing-masing oleh Mark Pearson dan Gordon Johnston sebelum Adam Froese mengesahkan tempat Kanada di final.
Kanada, yang menduduki ranking ke-16 dunia, akan menentang naib juara tiga kali, Korea Selatan, pada final.
Korea Selatan dengan ranking ketujuh dunia melangkah ke final dengan mengalahkan Ireland 2-1 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.
Dharmaraj menyalahkan faktor kepenatan sebagai punca kekalahan mereka selepas bertungkus lumus menyingkirkan New Zealand 3-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 4-4 pada suku akhir, Rabu lepas.
"Pemain kita jelas kepenatan pada 20 minit akhir perlawanan walaupun pada mulanya Malaysia berjaya menguasai permainan dengan mendahului 2-1 pada babak pertama," katanya.
"Walaupun gagal mencapai sasaran ke final, saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menang," katanya.
Sementara itu, kapten pasukan Azlan Misron berkata sindrom 'cepat selesa' selepas mendahului lawan perlu dikikis sekiranya pemain mahu mencapai kejayaan dalam sesuatu perlawanan.
"Kegagalan ini adalah sebagai peringatan awal untuk berusaha memperbaiki kesilapan sebelum menghadapi Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei hingga 15 Jun ini," katanya.
Malaysia akan bertemu Ireland pada perlawanan penentuan tempat ketiga hari ini.
Bernama
Sun May 04 2014
Kekecewaan para pemain Malaysia setelah tewas kepada Kanada dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota. --fotoBERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Hoki: Harapan Malaysia ke akhir punah
Malaysia gagal menepati sasaran ke final buat julung kali setelah kalah 5-4 kepada Kanada menerusi penentuan penalti.
Malaysia calar imej New Zealand untuk layak ke separuh akhir
Cuaca panas mencecah suhu 34'c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti.