KUALA LUMPUR: Kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman bermula dari 13 hingga 21 Jan ini bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Ketua Jurulatihnya A. Arul Selvaraj berkata ia termasuk tujuh pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan mengikuti sesi latihan yang bermula pagi tadi.
"Kesemuanya sudah kembali pulih dan mula latihan hari ini. Ada yang baru pulang dari siri jelajah New Zealand dan ada yang baru pulih dari kecederaan. Walaupun mereka cedera sebelum ini mereka tetap melakukan senaman aerobik ketika pemulihan.
Untuk mereka yang baru pulih dari cedera semestinya mereka perlu ditekan dari segi kecergasan fizikal aerobik, mereka perlu bekerja keras," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya tujuh pemain Speedy Tigers dilaporkan mengalami kecederaan sekali gus menjejaskan pasukan negara dalam membuat persiapan ke kelayakan Olimpik Muscat, Oman.
Dalam pada itu, Arul berkata beliau akan menumpukan untuk mengurangkan kesalahan taktikal dilakukan anak buahnya selain memastikan pemain bijak membuat keputusan ketika beraksi di atas padang.
"Kalau kita nak layak ke Olimpik di Oman nanti kita tak boleh buat banyak kesalahan jadi kita memang perlu mengurangkan kesilapan. Jadi fasa latihan dilakukan minggu ini adalah untuk kita fokus individual dari cara pemain buat keputusan tanpa melakukan kesalahan," katanya.
Beliau berkata Speedy Tigers turut akan menerima khidmat profesional daripada Australia, Glenn Turner di Oman kelak sebelum perlawanan kelayakan itu bermula.
Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan barisan pemain utama, jurulatih kelahiran Johor itu mengakui sukar untuk membuat pilihan bagi menentukan senarai akhir barisan pemain memandangkan kesemua pemain menampilkan disiplin dan prestasi yang memuaskan.
"Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya cakap, kita akan lihat bagaimana sebab ada seminggu lagi latihan ini dan saya akan umum barisan utama pemain pada 1 atau 2 Jan depan," katanya.
Di Oman nanti, skuad negara dijadual berentap dengan Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Jerman, New Zealand, Kanada serta Chile.
Sebagai rekod, enam tiket ditawarkan ke Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik dengan tiga di Oman dan tiga lagi di Valencia, Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Arul memaklumkan tujuh pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan mengikuti sesi latihan yang bermula pagi tadi. - Gambar fail/Bernama
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Speedy Tigers belum cukup 'padu' ke Sukan Olimpik - Nor Saiful
Skuad hoki lelaki kebangsaan terpaksa menelan hakikat bahawa mereka masih belum cukup garang untuk bersaing dengan pasukan handal lain pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.
Hoki: Kesemua pemain Speedy Tigers sudah mulakan latihan hari ini
Kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman.
Speedy Tigers tewaskan Korea Selatan 2-1
Skuad hoki lelaki kebangsaan menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan yang berlangsung di Incheon.
Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers diundi bersama juara tiga kali Belanda, New Zealand, Chile
Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas getir meskipun meletakan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas Piala Dunia 2023.
Hoki: 'Saya tidak mudah putus asa' - Roelant
Berhadapan banyak kritikan selepas gagal mengemudi skuad hoki lelaki negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ketua Jurulatih Roelant Oltmans mengisytiharkan beliau tidak akan meninggalkan pasukan itu.