awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Malaysia tewaskan Mesir 2-0

Bernama
Bernama
12/12/2016
00:00 MYT
Hoki: Malaysia tewaskan Mesir 2-0
Malaysia sebelum ini tewas kepada Belanda 2-7 pada perlawanan pertama kumpulan. - Gambar fail
Dua jaringan, masing-masing pada setiap babak membolehkan Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Piala Dunia Remaja 2016, menewaskan Mesir 2-0 di Lucknow, India.
Pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Hoki Major Dhyan Chand pada Ahad, skuad remaja negara menghasilkan gol pertama menerusi jaringan padang Mohamad Zulhamizan Awang Abbas pada minit ke-13.
Kedua-dua pasukan terus mempamerkan saingan sengit walaupun skuad negara lebih menguasai perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan pasukan negara mempunyai beberapa peluang menambah jaringan tetapi dipersiakan termasuk daripada Norsyafiq Sumantri pada minit ke-52.
Pemain Mesir, Mohamed Nasr pula hampir menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-58 namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang negara Muhammad Zaimi Mat Deris.
Skuad bimbingan Wallace Tan terus memberi tekanan kepada pasukan Mesir dan akhirnya Abdul Khaliq Hamirin meledakkan gol padang kedua negara pada minit ke-61. Kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan.
Pada Isnin, pasukan negara akan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Belgium.
Malaysia sebelum ini tewas kepada Belanda 2-7 pada perlawanan pertama kumpulan manakala Belgium menduduki tangga teratas Kumpulan B dan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Belgium menewaskan Belanda 3-2 dalam satu lagi perlawanan selepas mengalahkan Mesir 4-0 pada perlawanan pertama.
Belanda pula tidak berdepan masalah untuk muncul dua pasukan terbaik kumpulan bagi meneruskan saingan ke suku akhir apabila dijadualkan bertemu Mesir dalam perlawanan terakhir mereka. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hoki
#Kalahkan Mesir
#Kejohanan Piala Dunia Remaja 2016
#Lucknow
#skuad Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan