awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hooliganisme’ bukan budaya dalam sukan di Malaysia - PM Anwar

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
07/08/2025
08:26 MYT
'Hooliganisme’ bukan budaya dalam sukan di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan terhadap budaya kekasaran dan 'hooliganisme’ dalam dunia sukan tempatan, khususnya bola sepak, sambil menegaskan bahawa toleransi terhadap keganasan dalam sukan adalah sifar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap budaya kasar atau 'hooliganisme’ dalam dunia sukan tempatan, khususnya bola sepak dan berharap toleransi terhadap keganasan dalam sukan adalah sifar.
PM Anwar menegaskan bahawa semangat kesukanan yang murni tidak boleh dikhianati dengan tindakan melampau yang hanya mencemarkan nilai perpaduan dan keghairahan rakyat terhadap sukan negara.
“Kita sangat serius apabila timbul isu keganasan dan hooliganisme dalam sukan, terutama dalam bola sepak. Toleransi adalah sifar kerana ia bertentangan dengan semangat kesukanan yang sebenar,” kata beliau dalam Majlis Pecah Tanah Olympic House di Stadium Bukit Jalil, di sini pada Khamis.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria.
Jelas Anwar, sukan adalah satu-satunya ruang yang mampu menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama, sesuatu yang tidak dapat ditandingi oleh politik, budaya mahupun persaingan dalam bidang ekonomi.
“Apabila melibatkan sukan seperti bola sepak atau badminton, ketika itu semua orang bersatu. Semuanya mahu pasukan kita menang. Tidak kira Melayu, Cina, Dayak atau India. Kita anggap mereka sebagai rakyat Malaysia,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Anwar turut mengingatkan bahawa pengimportan budaya ‘hooligan’ dari luar negara tidak harus dibiarkan menular ke dalam arena sukan tempatan.
Sebaliknya, beliau menyeru agar nilai toleransi, semangat persaingan sihat dan hormat-menghormati terus dijadikan asas dalam pembangunan sukan Malaysia – sama ada di peringkat akar umbi mahupun profesional.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#budaya hooliganisme
#bola sepak
#penyatuan budaya dalam sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan