KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu menyediakan imbuhan khas untuk pasukan Terengganu FC (TFC) sekiranya berjaya menjulang Piala FA Sabtu ini.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menaruh harapan tinggi agar skuad Penyu berjaya membawa pulang trofi berprestij itu, sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2011.
Bagaimanapun, jumlah imbuhan untuk setiap pemain masih dirahsiakan bagi memastikan pemain memberi fokus kepada perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil itu nanti.
"Saya percaya semangat pemain ketika ini berada pada tahap paling tinggi untuk beraksi di padang pada Sabtu ini dan untuk semangat itu, akan ada insentif yang disediakan bagi setiap pemain sekiranya mereka berjaya membawa pulang trofi untuk rakyat Terengganu.
"Perbaiki kelemahan yang ada ketika pusingan separuh akhir menentang Selangor FC dahulu, insya-Allah tidak ada sebab kita tidak boleh menang ke atas JDT," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Pasukan TFC ke Perlawanan Akhir Piala FA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah.
Selain itu, Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut menasihatkan penyokong yang hadir di stadium supaya sentiasa menjaga tingkah laku bagi menjaga imej dan nama baik negeri.
Beliau berkata apa jua keputusan perlawanan perlu diterima dengan hati terbuka dengan tidak melakukan provokasi yang boleh menimbulkan ketidakharmonian serta kekacauan terhadap orang ramai.
"Apa juga keputusan sama ada kita tewas atau menang, ingat dunia. Jangan tak ingat dunia. Jaga tingkah laku dan tatatertib demi nama baik negeri," katanya yang meramalkan Terengganu menang 2-1 ke atas JDT.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Ahmad Samsuri (dua, kanan) beramah mesra bersama pemain TFC pada majlis pelepasan Pasukan TFC bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 8 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.