awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian setiap pemberita sukan di Malaysia untuk buat liputan Muhammad Ali - Tony Francis

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/06/2016
10:38 MYT
Impian setiap pemberita sukan di Malaysia untuk buat liputan Muhammad Ali - Tony Francis
TONY FRANCIS: "Ali adalah atlet sukan terhebat, beliau adalah impian untuk setiap pemberita sukan untuk membuat liputan." - Gambar fail
Tiada perkataan dapat digunakan untuk menggambarkan pertemuannya dengan legenda tinju dunia, Muhammad Ali yang meninggal dunia di Arizona, Amerika Syarikat pada usia 74 tahun pada Jumaat (waktu tempatan).
Bagi bekas editor meja sukan, Tony Francis, pengalamannya membuat liputan perlawanan Ali di Kuala Lumpur pada tahun 1975 merupakan satu memori yang amat berharga dalam hidupnya.
“Bila saya kata Ali adalah atlet sukan terhebat, sebagai pemberita sukan, beliau adalah impian untuk setiap pemberita sukan untuk membuat liputan. Kita sentiasa akan dapat sesuatu yang baru daripada beliau sama ada ayat yang menarik ataupun aksi yang unik.
“Sidang media beliau selepas latihan pagi sentiasa dipenuhi lawak jenaka dan kenyataan yang diberinya sentiasa menarik. Dengan sikap beliau yang tidak berhenti bercakap, kami sentiasa tidak sabar untuk memberi liputan sidang medianya,” kata Tony.
GALERI FOTO: Muhammad Ali, anda terunggul (1942 - 2016)
Sidang media beliau selepas latihan pagi sentiasa dipenuhi lawak jenaka. - Gambar fail
Sidang media Ali selepas latihan pagi sentiasa dipenuhi lawak jenaka. - Gambar fail
Tambahnya, ketika zaman kegemilangan Ali, kebanyakan dari perlawanan tinju beliau disiarkan secara langsung di Malaysia dan ramai antara rakyat negara ini yang mengikuti ikon sukan ini.
“Ketika itu, guru, pelajar dan guru besar akan menonton televisyen bersama kerana perlawanan tinju Ali sentiasa merupakan acara yang besar buat semua, sama ada kanak-kanak sekolah, mereka yang bekerja, rakyat Malaysia secara umumnya,” katanya lagi.
Tony Francis merupakan editor sukan bagi akhbar New Straits Times selama lebih 20 tahun dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang tersebut.
Topic Berkaitan
#ikon tinju
#Lagenda tinju
#meninggal dunia
#Muhammad Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan