awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Dier disiku Herrera hangatkan pertemuan United-Spurs

Astro Arena
Astro Arena
16/11/2016
08:39 MYT
Insiden Dier disiku Herrera hangatkan pertemuan United-Spurs
ERIC DIER: "Saya tidak suka perkara seumpama itu. Saya tidak kisah dikasari dalam perlawanan tapi aksi keji sebegitu tidak perlu." - Gambar fail / AFP
PEMAIN England, Eric Dier, menuduh tindakan Ander Herrera yang menyikunya dalam aksi persahabatan dengan Sepanyol sebagai tindakan mengarut.
Perlawanan di Wembley pada awal pagi tadi itu berakhir 2-2 selepas Iago Aspas dan Isco memadamkan kelebihan dua gol tuan rumah yang diledakkan Adam Lallana dan Jamie Vardy ketika masa sebenar permainan bersisa lapan minit.
Dier berang dengan tindakan pemain tengah Manchester United itu dan ketika diminta mengulas insiden tersebut, dia berkata, "Ia cukup jelas.
"Saya tidak kisah disepak atau seumpama itu, tapi sudah agak lama saya membuat hantaran sebelum dikasari.
"Dia menyiku saya di muka dan saya tahu mengapa. Ia tindakan yang mengarut.
"Dia tidak mengakuinya, namun tindakannya sangat jelas. Saya berasa saya disiku di pipi dan saya tahu apa yang telah dilakukannya."
Dier akan berdepan dengan Herrera sekali lagi apabila Tottenham Hotspur bertandang ke Old Trafford pada 11 Disember depan.
"Saya tidak suka perkara seumpama itu. Saya tidak kisah dikasari dalam perlawanan tapi aksi keji sebegitu tidak perlu.
"Dia tidak perlu memohon maaf, saya akan berdepan dengannya tidak lama lagi.
"Beginilah bola sepak, perkara seperti ini terjadi. Saya tidak pasti mengapa dia melakukannya, itu yang membuat saya marah.
"Tindakannya agak aneh dan tidak patut."
Topic Berkaitan
#Ander Herrera
#England
#Eric Dier
#Manchester United
#sepanyol
#Wembley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan