awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iskandar fokus perbaiki ranking bukan kelayakan Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
01/03/2016
10:30 MYT
Iskandar fokus perbaiki ranking bukan kelayakan Olimpik
ISKANDAR: Sasaran yang menjadi keutamaan ketika ini adalah Piala Thomas.
KETIKA pemain lain sibuk mempersiapkan diri bagi kejohanan All England, pemain perseorangan lelaki negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin pula giat menjalani latihan untuk persediaan Terbuka Switzerland, 15 Mac ini.
Pada awalnya, Iskandar turut berhasrat untuk beraksi di All England, tetapi disebabkan rankingnya yang masih jauh, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Fokusnya sekarang tertumpu kepada terbuka Swiss, iaitu ia akan menjadi medan untuk Iskandar memperbaiki rankingnya yang kini berada di tangga 37.
Iskandar tidak mahu memikirkan kutipan mata untuk layak ke Olimpik Rio kerana sedar masa terlalu suntuk untuk layak.
"Saya sasar untuk kutip mata kerana untuk layak ke Rio itu agak sukar tetapi yang menjadi keutamaan ketika ini adalah Piala Thomas," katanya.
Selepas pulang dari Hyderabad tempoh hari, Iskandar tidak nafikan dirinya agak kepenatan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan akan datang.
Tetapi, itulah yang terpaksa dihadapi oleh pemain-pemain atas kepadatan jadual bulan ini.
"Tiada masalah kecederaan cuma rasa sedikit keletihan tetapi itu perkara saya cuma perlu kembali cergas dengan cepat," jelasnya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Iskandar Zulkarnain Zainuddin
#Olimpik Rio
#Terbuka Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan