SUKAN
ISTAF muktamad cadangan mansuh batal servis 'terbang', Sabtu ini

Pemansuhan peraturan sedia ada itu diyakini dapat memberikan keadilan kepada pemain serta mengangkat semula martabat pengadil yang sering menjadi sasaran kritikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dijangka memuktamadkan cadangan pindaan terhadap peraturan bulatan servis bagi membolehkan tekong mengangkat kaki tidak menyepak atau 'terbang' ketika melakukan servis.
Ringkasan AI
- ISTAF akan membentangkan cadangan pindaan peraturan bulatan servis dalam Mesyuarat Majlis dan Exco di Songkhla, Thailand, bagi membolehkan tekong mengangkat kaki tidak menyepak ketika melakukan servis tanpa dikenakan penalti.
- Cadangan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dan ketegangan dalam perlawanan apabila servis dibatalkan kerana kaki terangkat atau tergelincir, walaupun kesalahan berpunca daripada lontaran tidak tepat oleh apit kanan atau kiri.
- Sistem Semakan Video turut disyorkan untuk menyemak situasi servis, jaring dan bola keluar garisan agar keputusan pengadil disokong bukti visual, dengan cadangan menjadikan bulatan servis sebagai zon rujukan permulaan dan bukan kawasan terhad pergerakan kaki.
"Cadangan ini bertujuan menamatkan kekeliruan serta ketegangan yang sering timbul dalam perlawanan apabila servis tekong dibatalkan hanya kerana kaki tidak menyepak berada di luar bulatan, terangkat atau tergelincir.
"Sedangkan, kesalahan itu kadangkala berpunca daripada lontaran yang tidak tepat oleh apit kanan atau apit kiri," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan ISTAF, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata pemansuhan peraturan sedia ada itu diyakini dapat memberikan keadilan kepada pemain serta mengangkat semula martabat pengadil yang sering menjadi sasaran kritikan meskipun keputusan dibuat berpandukan undang-undang semasa.
Jelasnya, penekanan utama diberikan terhadap Fasal 11.1.4 Undang-Undang Permainan Sepaktakraw ISTAF yang selama ini menyebabkan servis tekong dibatalkan jika kaki tidak menyepak kekal dalam buatan.
"Cadangan baharu akan menjadikan bulatan itu hanya sebagai zon rujukan untuk permulaan servis, bukan lagi sebagai kawasan terhad pergerakan kaki.
"Dalam masa sama, Sistem Semakan Video yang dibentangkan semalam dalam Bengkel Pengadil di Hatyai oleh Pemangku Presiden ISTAF Boonchai Lorphiphat, turut mengesyorkan semakan semula terhadap situasi servis, jaring dan bola keluar garisan supaya keputusan pengadil dapat disokong oleh bukti visual dan bukan sekadar persepsi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami