Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menutup pintu rundingan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus kekal dengan keputusan untuk membawa kes perpindahan kontroversi membabitkan Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Mahkamah Timbang Tara (CAS).
Setiausaha Kehormatnya, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata bagaimanapun KFA sentiasa bersikap profesional dan terbuka sekiranya FAM mahu berbincang mengenai perkara lain termasuk mengenai liga bola sepak.
"Kalau isu Akhyar, sudah terlambat kerana rundingan telah ditutup tapi kalau perkara lain yang berkaitan dengan sukan bola sepak kita terbuka. Sebelum ini, kita telah membuat rayuan kepada FAM namun keputusan yang dibuat badan induk itu dilihat tidak adil dalam menangani isu tersebut.
"Kalau betul hendak bincang, dari peringkat awal lagi sudah buat tetapi keputusan yang dibuat sebelum ini pun sama sekali tidak melibatkan KFA jadi pihak KFA telah ambil kira semua prosedur dan melihat CAS adalah jalan terbaik untuk selesaikan isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini, hari ini.
Beliau berkata KFA juga telah melantik peguam yang kini sedang melihat serta mengkaji kes tersebut sebelum memfailkannya kepada CAS dalam masa terdekat.
"Kita akan failkan kes ini dan kos untuk bawa ke CAS ini dianggarkan sekitar RM100,000. Di sini, saya juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong Kedah termasuk penyokong dan persatuan dari negeri lain yang turut sama memberi sokongan moral dan kewangan kepada KFA.
"Di sini kita nampak rakyat mahukan kerajaan yang bersih dan telus dan turut tidak terlepas kepada pihak pengurusan FAM. Sesiapa yang lakukan kesalahan perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang dan FAM seharusnya telus dan tegas dalam menjalankan tugas sebagai badan induk," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai Muhammad Akhyar yang sudah menjalani sesi latihan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam, Mohd Asmirul Anuar berkata walaupun pemain berumur 19 tahun itu sudah memulakan latihan bersama JDT tetapi dari segi undang-undangnya Muhammad Akhyar masih milik Kedah.
"FAM sudah buat keputusan jadi atas keputusan itulah Akhyar berada bersama JDT tetapi kalau ikut dia masih milik Kedah sehingga CAS buat keputusan nanti. Tetapi saya ingin beritahu kita (KFA) tidak ada masalah dengan Akhyar mahupun keluarganya kerana kita yang telah melahirkan pemain muda itu," katanya.
Sebelum ini, KFA mengemukakan rayuan kepada FAM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan FAM yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Muhammad Akhyar.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan bahawa pemain berusia 19 tahun itu hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 06 2019
KFA menutup pintu rundingan dengan FAM berhubung kes perpindahan Akhyar. -Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Isu Akhyar: KFA tutup pintu rundingan dengan FAM
KFA sentiasa bersikap profesional dan terbuka sekiranya FAM mahu berbincang mengenai perkara lain termasuk mengenai liga bola sepak.