SUKAN
Isu dokumentasi: Hannah pandang serius keputusan FIFA

Hannah menekankan keutamaan FAM adalah untuk melengkapkan proses rayuan di peringkat FIFA dan antarabangsa secara telus demi nama baik Malaysia. - Gambar fail/Bernama
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memandang serius atas keputusan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Malaysia.
Ringkasan AI
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pandang serius keputusan FIFA yang mengenakan hukuman terhadap FAM dan penggantungan tujuh pemain warisan Malaysia.
- Hannah tekankan keutamaan FAM untuk lengkapkan proses rayuan di peringkat FIFA dan antarabangsa secara telus demi nama baik Malaysia.
- Beliau komited menjaga hak dan kebajikan atlet Malaysia, sambil menyeru semua pihak bertenang sehingga proses rayuan selesai.
"Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapkan proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya. Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan tujuh pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita.
"Oleh itu, semua pihak perlu memastikan proses ini dijalankan dengan penuh integriti dan ketelusan demi nama baik Malaysia.
“Sama seperti ribuan peminat Harimau Malaya di luar sana, saya juga sedih dan marah membaca keputusan FIFA.
“Jangan kita melompat, benarkan proses rayuan selesai dan kemudian kita ambil dari situ.
“Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya tetap komited untuk menjaga hak dan kebajikan setiap atlet Malaysia dan tidak kira nama anda Azizul, Pearly, Thinaah, Pandelela, Gabriel atau Rodrigo." -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami