SUKAN
Isu pemain warisan: Malaysia NT juga perlu lebih ke depan
Skuad negara ketika ini sedang menghadapi cabaran besar berkenaan hukuman daripada FIFA. - Gambar fail/BERNAMA
SUARA pengurusan skuad Harimau Malaya atau Malaysia NT dipersoalkan seakan-akan mengambil langkah 'tunggu dan lihat' sahaja serta tidak aktif mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan tujuh pemain warisan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, situasi yang berlaku ketika ini meletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kedudukan paling sukar kerana badan induk itu terpaksa menanggung beban persepsi negatif secara menyeluruh walaupun hakikatnya FAM tidak menguruskan skuad kebangsaan secara langsung.
“Kalau kita lihat, FAM sebenarnya lebih berperanan sebagai sekretariat sahaja, sedangkan pasukan Harimau Malaya diuruskan oleh barisan pengurusan mereka sendiri.
“Malangnya, apabila krisis besar seperti ini timbul, yang terpalit tetap FAM kerana FIFA hanya berhubung terus dengan FAM bukan pengurusan Malaysia NT.
“Jadi, timbul dilema besar kerana FAM tidak boleh mendedahkan semua fakta secara terbuka, manakala pihak pengurusan pasukan pula kurang menonjolkan suara mereka apatah lagi untuk bersama-sama bertanggungjawab.
”Sebab itu, penting untuk Malaysia NT juga berkongsi kebenaran dan tanggungjawab ini,” katanya kepada Sukan Sinar.
Sebelum ini, kumpulan Ultras Malaya turut meminta pihak Malaysia NT mendedahkan susur galur pemain-pemain warisan terbabit.
Menurut Pekan, kelemahan sistem komunikasi menangani krisis daripada pihak FAM dan pengurusan pasukan menyebabkan banyak pihak termasuk penyokong cenderung menyalahkan badan induk itu sepenuhnya.
“Kita faham, penyokong kecewa dan marah. Tetapi jika hanya satu pihak bersuara, ia akan menimbulkan gambaran tidak seimbang.
”Malaysia NT perlu tampil dan bersama FAM dalam menyampaikan pendirian rasmi bagi mengelakkan salah faham serta persepsi negatif berpanjangan,” katanya.
Pekan menambah, insiden penggantungan ini harus dijadikan pengajaran penting buat semua pihak agar lebih bersedia menghadapi krisis pada masa depan.
“Kita tidak boleh terus bermain ‘blaming game’. Apa yang berlaku ini perlu ditangani secara bersama. Pengurusan pasukan kebangsaan dan FAM perlu mencari jalan penyelesaian terbaik," ujarnya.
Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Tujuh pemain warisan tersebut ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
FAM dikenakan denda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain didenda RM10,560 serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Badan induk bola sepak negara itu sebelum ini mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan kakitangan dan menegaskan perkara itu dipandang serius.
Ketika ini, FAM sedang menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman sebelum mengemukakan rayuan. - Sinar Harian