awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA denda FAM, tujuh pemain digantung 12 bulan

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2025
15:00 MYT
FIFA denda FAM, tujuh pemain digantung 12 bulan
Isu kelayakan pemain yang terbabit untuk mewakili Malaysia dirujuk ke Tribunal Bola Sepak FIFA bagi pertimbangan lanjut. - StadiumAstro
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
FAM didapati telah menyerahkan dokumen yang dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan dengan FIFA bagi membolehkan tujuh pemain terbabit diturunkan ketika aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi FIFA turut memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berkenaan kelayakan lima pemain selepas tamat perlawanan tersebut.
Selepas membuat penilaian terhadap semua bukti, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan denda 350,000 francs (RM1.8 juta).
Dalam pada itu tujuh pemain yang terlibat didenda 2,000 francs (iaitu RM10,400) setiap seorang.
Pada masa sama, mereka turut digantung 12 bulan daripada menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.
Isu kelayakan pemain yang terbabit untuk mewakili Malaysia dirujuk ke Tribunal Bola Sepak FIFA bagi pertimbangan lanjut.
Pemakluman berkenaan keputusan itu sudah dimaklumkan kepada FAM dan permain yang terlibat, yang mana tempoh 10 hari diberikan bagi meminta penjelasan bertulis atau mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
FIFA sanctions Football Association of Malaysia and seven players.@ASTROARENA pic.twitter.com/E8gxkUrKSW
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 26, 2025
Topic Berkaitan
#FIFA
#harimau Malaya
#pemain warisan
#FAM didenda
#pemain digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan