awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu persaraan Pique tidak gusarkan Lopetegui

Astro Arena
Astro Arena
10/10/2016
04:34 MYT
Isu persaraan Pique tidak gusarkan Lopetegui
Julen Lopetegui (gambar) mahu isu kritikan terhadap Gerard Pique itu beransur-ansur dibincangkan dengan tenang sebelum sebarang keputusan dibuat. - AFP PHOTO / Fail
PENGENDALI Sepanyol, Julen Lopetegui, berkata dia tidak berasakan Gerard Pique akan bersara dari pentas antarabangsa pada tahun 2018 meskipun pemain itu sendiri menyatakan hasrat berkenaan susulan kecewa dengan tuduhan yang dilontar terhadapnya.
Pemain pertahanan itu menjadi topik perbincangan dalam media sosial pada Ahad selepas timbul dakwaan bahawa dia memotong lengan jersinya kerana mahu membuang bendera Sepanyol ketika aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Albania.
Persatuan bola sepak negara itu mengeluarkan kenyataan menjelaskan pemotongan lengan itu dilakukan demi keselesaan, tambahan pula jersi dipakainya ketika itu tidak ada reka bentuk bendera Sepanyol.
Pique, yang berang dengan tuduhan itu, berkata dia tidak lagi akan mewakili negaranya selepas Piala Dunia 2018 susulan tidak tahan dengan tuduhan yang sering dilemparkan terhadapnya.
Bagaimanapun, Lopetegui mahu perkara itu beransur-ansur dibincangkan dengan tenang sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Saya enggan memberi sebarang komen. Pada saya, ia bukan isu yang serius," katanya.
"Saya memahami situasi dilaluinya. Dia antara pemain tonggak kami. Dia beraksi mantap ketika berdepan Itali.
"Tiada apa lagi yang akan saya perkatakan. Tidak pernah timbul persoalan berkenaan dengan komitmen pemain itu terhadap negaranya."
Topic Berkaitan
#bersara
#Gerard Pique
#Julen Lopetegui
#Piala Dunia
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan