awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Itu mengarut' - Rashford bidas dakwaan minta RM2.72 juta seminggu di Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
30/03/2023
03:50 MYT
'Itu mengarut' - Rashford bidas dakwaan minta RM2.72 juta seminggu di Manchester United
Kontrak pemain kebangsaan England itu, yang menjaringkan 27 gol daripada 44 perlawanan musim ini, akan tamat pada penghujung musim depan. - Fail/REUTERS
MARCUS Rashford menafikan dakwaan mengarut bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran 500,000 pound (RM2.72 juta) seminggu untuk kekal di Manchester United.
Kontrak pemain kebangsaan England itu, yang menjaringkan 27 gol daripada 44 perlawanan musim ini, akan tamat pada penghujung musim depan.
Menurut media British, Daily Star, masa depan Rashford bersama United menjadi tidak menentu disebabkan proses penjualan kelab itu selain permintaan gajinya yang terlalu tinggi.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu membalas kiriman artikel berkenaan secara langsung menggunakan akaun Twitter peribadinya untuk menafikan perkara itu.
"Sebelum perkara ini berpanjangan, ia benar-benar mengarut," tulisnya dalam Twitter.
"Kelab ini dan diri saya amat menghormati satu sama lain dan ia akan kekal seperti itu.
"Fokus saya hanyalah untuk menamatkan musim sebaik mungkin dalam liga dan memenangi trofi."
Rashford menambah dalam Instagram: "Satu lagi berita palsu bertebaran mengenai penasihat saya dan saya meminta-minta. Ia benar-benar mengarut.
"Sasaran saya bersama kelab ini adalah untuk menamatkan liga di kedudukan tertinggi yang kami mampu dan saya akan mencuba untuk memenangi satu atau dua piala." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Marcus Rashford
#Manchester United
#EPL
#pemain England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan