SEMUANYA bermula minggu depan, temasya bola sepak paling berprestij di dunia.
Sejumlah 32 negara berentap merebut untuk menjulang Piala Dunia FIFA, dan seluruh dunia akan tertumpu kepada Rusia selaku hos edisi ke-21 yang akan membuka tirainya 14 Jun depan.
Kita sebagai negara yang mengangkat bola sepak sebagai sukan nombor satu Malaysia turut tidak terkecuali merasakan bahangnya, maka setiap daripada kita pun memilih, membidik, meramal, menaruh pendapat masing-masing pasukan yang digemari dan layak menjulang piala keramat itu.
Argentina! Brazil! Jerman! Perancis! Jepun! England! (ada lagi ya penyokong England) dan sorakan itu bergema semakin kuat menuju sepak mula kejohanan.
Namun dalam sorak itu yang bergempita setiap empat tahun, pasti ada suara di sebalik sanubari kita yang berbisik, kemudiannya rasa itu dikongsi bersama seluruh warga mengatakan: Di mana Malaysia?
“Don’t think about World Cup lah, it’s impossible'!” kata-kata itu terluahkan oleh legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, membuka bicaranya di atas pentas forum yang dianjurkan Utusan Malaysia pada petang Isnin.
“Bola sepak kita makin teruk. It’s not the football I know that we used to play.”
Bermula dengan itu, perbualan selama sejam 25 minit itu membincangkan kedudukan Malaysia dan bagaimana negara bertuah ini boleh berubah dan membangun sehingga akhirnya mencapai cita-cita beraksi di pusingan akhir Piala Dunia - antara pengulas Astro Arena, Hafizal Hamad selaku moderator dan panelis selain Santokh iaitu jurulatih skuad bawah-23 negara, Datuk Ong Kim Swee dan penulis sukan, Rizal Hashim.
Gelombang perubahan
Ya, banyaknya omong-omong lama. Tetapi kini sudah Malaysia Baharu, revolusi juga perlu dilakukan dalam sukan bola sepak negara dan cakap-cakap lama dibangkitkan kembali supaya diingatkan kepada kepimpinan baharu dan juga seluruh anggota rakyat untuk bersama dalam gelombang perubahan.
Mereka menyingkap semula pelbagai permasalahan dalam sukan paling dicintai rakyat Malaysia ini. Dari polisi yang kerap berubah acap kali bertukarnya pengemudi pembuat dasar, budaya kerja yang ‘menyembah’ duit dan mengejar populariti dan pengaruh, sehinggalah kecekalan jurulatih kampung yang tidak dipandang apatah lagi dibalas dengan insentif setimpal.
Kim Swee, yang selalu mengendalikan pemain-pemain muda sejak Harimau Muda pada 2009 berkata sistem sedia ada secara amnya sudah elok dan pemain juga berjaya dibentuk dengan sistem itu, namun setakat sampai tamat sekolah.
“Semasa mereka berada di bawah sistem kita, semua komited, berdisiplin dan pamer prestasi baik. Tetapi apabila mereka ‘graduate’, keluar dan sertai kelab-kelab, mentaliti mereka berubah,” ceritanya.
Begitu juga kata Rizal, biarpun dalam ketidaktetapan sistem pembangunan, ia tetap sedikit sebanyak berjaya membentuk pelapis yang memiliki prospek untuk mewakili negara, tapi tidak kekal lama.
“Ekosistem kita masih lemah. Kita lihat pemain pelapis kita, apa yang berlaku selepas mereka tinggalkan sekolah pada usia 17 tahun?
“Apabila pemain masuk ke peringkat senior, senior-senior yang ada tidak menunjukkan contoh yang baik, akhirnya mereka nanti hanyut dan tenggelam dibawa arus yang sama,” tegas Rizal yang berpengalaman dan berpengetahuan luas sebagai wartawan sukan lebih dari sedekad.
Faktor penghalang
Di sebalik semua masalah-masalah yang disebutkan, Rizal melihat segalanya berakar dari kebobrokan dalam diri yang mencambahkan semua faktor yang menghalang usaha penyuburan bola sepak negara.
“Pelbagai program telah pun diperkenalkan, tinggal lagi masalahnya adalah masalah manusiawi - tentang amanah, keikhlasan serta kejujuran, menyebabkan setiap perancangan yang dilakukan tidak dapat dilaksana dengan konsisten.
“Takkanlah setiap lima enam tahun kita akan tukar program dan tidak membawa keberhasilan yang kita nak? Sebab itu setiap pelaksana di semua peringkat, dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hingga ke sekolah dan peringkat paling asas iaitu keluarga, kena jujur dan amanah dalam laksana tugas untuk bangunkan bola sepak juga sukan lain,” jelasnya.
Perkara-perkara ini yang mereka lihat sebagai antara ‘pembunuh’ bola sepak Malaysia, maka daripada itu mereka turut membuahkan pandangan solusi mereka agar maruah sukan ini diangkat ke peringkat lebih tinggi.
Kata-kata Santokh ada benarnya. Kita perlu berpijak di bumi nyata, sambil memanjat peringkat demi peringkat dengan perancangan yang realsitik sebelum bermimpi untuk berdiri di pentas yang tinggi melangit.
“Kalau kita bercakap pasal Piala Dunia, saya rasa memang 50 ke 60 tahun pun sebenarnya sukar untuk kita layak, tapi kita kena letakkan sasaran yang lebih realisitik.
“Kita perlu menakluki peringkat Asia Tenggara secara konsisten, kemudian layak ke Piala Asia, barulah boleh pasang angan-angan untuk layak ke Piala Dunia secara merit,” pendapat Rizal.
Pembangunan pelapis
Untuk itu, sistem pembangunan juga perlu dikaji dan diperhalusi semula, antaranya memperkasa pembangunan pelapis di akar umni menerusi pengayaan akademi yang perlu diwujudkan oleh setiap persatuan-persatuan bola sepak negeri juga secara swasta.
FAM selaku badan induk bola sepak negara perlu berubah, bertindak dan mengepalai revolusi ini.
“Satu ketika pada 1995, FAM pernah serahkan tugas kepada setiap persatuan negeri yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk bangunkan akademi di negeri masing-masing. Tetapi ada beberapa kelemahan yang tidak ditampung dan akhirnya FAM menyerahkan tanggungjawab itu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk bangunkan bola sepak di peringkat asas.
“Saya rasa tak semua 14 ahli gabungan FAM ini mempunyai perancangan masa depan atau ‘blueprint’. Bermakna mereka juga perlu ada pegawai pemasaran, pegawai media. FAM kena bantu untuk pastikan setiap ahli gabungannya menepati ciri-ciri diperlukan agar langkah ke arah profesionalisme itu lebih pantas,” ujar Rizal.
Begitu juga perihal pembangunan yang semestinya bergantung kepada dana untuk membina fasiliti, infrastruktur dan gaji kepada manusia yang bekerja untuk menjayakan usaha ini, yang perlu berubah budayanya dari kebergantungan kepada pentadbiran berpusat (peruntukan kerajaan) kepada keberupayaan untuk menjana pendapatan sendiri.
Jika dahulu kita biasa dengan cara kerja centralised, kini kita perlu decentralised supaya masing-masing berupaya berdiri sendiri, kuat dan seterusnya berganding bahu membentuk ekosistem yang sentiasa bekerja dalam ‘winning mentality’.
Menurut Rizal, Jerman menghabiskan sekitar 600 juta Euro untuk membangunkan bola sepak negara mereka secara sistematik. Hasil usaha yang bermula sejak lebih 10 tahun lalu itu mereka berjaya menghasilkan kumpulan pemain seperti Phillipe Lahm, Thomas Muller dan Mario Gotze yang berjaya membawa pulang Piala Dunia keempat untuk negara mereka.
“Sebab itu saya percaya FAM kena ambil alih dengan input daripada jurulatih-jurulatih yang ada kepakaran teknikal. Pastikan jurulatih terbaik ketuai pusat latihan daerah, sekolah sukan negeri, dan juga sekolah sukan negara.
“Kena ada jurulatih yang terbaik untuk membantu memastikan program berjalan lancar,” kata Rizal.
Berani untuk berubah
Kita bukannya tiada bakat. Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bawah 14 tahun telah membuktikan beberapa hari lepas apabila menjuarai Kejohanan Vogido di Enschede, Belanda, dua minggu selepas menjulang trofi Kejohanan Whitsun di Dortmund, Jerman.
Bukanlah nasib semata-mata jika sudah menang dua piala dari jelajah Eropah mereka, dan mengalahkan pemain-pemain muda dari negara pemenang dan finalis Piala Dunia.
Cumanya kecemerlangan mereka tidak konsisten dan berterusan hingga ke peringkat senior, dan begitulah ceritanya dari dulu sampai hari ini. Kita sebenarnya juga mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang selama ini kita sanjungi, sekiranya kita berani untuk berubah.
“Saya tak kata selamanya, saya katakan ia ‘mustahil’.
“Mungkin saya salah, dan ini satu cabaran kepada mereka (penggiat bola sepak) untuk membuktikan bahawa saya salah,” kata Santokh, nadanya jelas menyindir. Mungkin terlalu letih bercakap tentang masa depan bola sepak negara yang tak ada perubahan, ‘buang karan’ saja.
Penghujung dialog kemudian secara ringkas membincangkan ramalan masing-masing tentang pasukan mana yang mampu melakar kemasyhuran dalam temasya kali ini. Rizal sentiasa bersama Les Blues (Perancis), Kim Swee memilih beberapa pasukan antaranya Sepanyol, Brazil dan Argentina, sementara Santokh kata masih terlalu awal untuk meramal tetapi merasakan Jerman mampu sekali lagi mencipta kecemerlangan.
“Sebenarnya saya tiada pasukan kegemaran.
“Tetapi kalau anda tanya saya, it will always be Malaysia,” kata Santokh.
Israr Khalid
Tue Jun 05 2018
SANTOKH: Bola sepak kita makin teruk!
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tiada keistimewaan buat Wan Kuzri - Fayhsal
Wan Kuzri perlu membuktikan kebolehannya bersaing dengan 34 pemain lain dalam kem latihan pusat di Wisma FAM.
Mawi, Piya bergabung tubuhkan akademi bola sepak anak yatim
Usaha murni Mawi dan Piya tercetus apabila mereka melihat nasib anak-anak yatim kurang diberi perhatian menerusi aktiviti sukan seperti bola sepak.
Jangan fikirlah tentang Piala Dunia, ia mustahil! - Santokh Singh
Peringkat Asia Tenggara pun kita tak mampu kuasai secara konsisten, inikan pula bermimpi tentang bersaing di temasya terhebat bola sepak dunia.