Jangan sertai Manchester United

Astro Arena
Jun 19, 2019 08:47 MYT
Matthijs de Ligt dikaitkan dengan beberapa gergasi Eropah, termasuk United, PSG, Liverpool dan Barcelona. - Foto Stadium Astro
RUUD GULLIT berpandangan bintang Ajax, Matthijs de Ligt, harus mengelak daripada menyertai Manchester United.
Pertahanan berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa gergasi Eropah, termasuk United, Liverpool dan Barcelona, walaupun Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan menjadi pasukan pilihan menandatanganinya.
Legenda Belanda, Gullit, berasakan rakan senegaranya itu seharusnya mengelak daripada berhijrah ke Old Trafford selepas United terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL).
"Saya tidak berasakan Man United, mereka tidak bermain dalam UCL," kata Gullit.
"Saya berasakan dia mahu bermain dalam UCL. Jadi, ia sesuatu yang kurang bernasib baik buat United.
"Bagaimanapun, segalanya terletak kepada pemain itu dan saya berharap dia melakukan keputusan yang tepat."
De Ligt mengetuai Ajax menjuarai dua gelaran musim lalu di samping melangkah ke separuh akhir UCL.
Baca: Ronaldo pelawa De Ligt sertai Juventus
#Ajax #barcelona #Liverpool #Manchester United #Matthijs de Ligt #PSG #Ruud Gullit #UCL