BEKAS pelumba basikal trek negara, Rizal Tisin, berharap legasi yang ditinggalkan Velodrom Cheras dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian sukan itu, apatah lagi dengan kewujudan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.
Tidak dinafikan Velodrom Cheras - yang siap dibina pada tahun 1989 - menggamit memori tersendiri, malah pernah menganjurkan beberapa kejohanan bertaraf antarabangsa, antaranya Sukan SEA 1989 di samping Sukan Komanwel 1998.
Kini velodrom itu bakal tinggal kenangan kerana tiada lagi program latihan dijalankan di sana ekoran kesemua atlet berbasikal trek kini akan menggunakan sepenuhnya Velodrom Nasional.
Bagi Rizal, dia mahu melihat kesinambungan yang dicapai di Velodrom Cheras dapat diteruskan generasi pelumba baharu yang bakal dibentuk.
"Kita tidak boleh buat apa kerana bukan hak kita untuk menghalang walaupun sudah banyak melahirkan jaguh berbasikal negara dari dahulu hingga sekarang.
"Saya sendiri lahir daripada Velodrom Cheras. Jadi, diharapkan jasa Velodrom Cheras tidak akan dilupakan," ujar Rizal.
Minggu lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan semua pelumba kebangsaan sudah dikeluarkan dari Velodrom Cheras, lantas memberi laluan untuk venue itu dirobohkan.
Tinjauan Nadi Arena hari ini mendapati masih belum ada kerja-kerja perobohan dilakukan dengan velodrom berkenaan kekal dengan keadaan terbiar.
Dalam pada itu, Rizal turut menaruh keyakinan tinggi skuad berbasikal trek negara akan tampil cemerlang dalam Sukan SEA nanti, sekaligus membolot kesemua pingat emas yang dipertandingkan.
"Di atas kertas, kita memiliki harapan cerah untuk meraih emas. Sasaran 11 emas itu mampu dicapai, cuma diharapkan tiada tindakan boikot daripada negara lain," tambahnya.
Astro Arena
Mon May 29 2017
Velodrom Cheras bakal tinggal kenangan kerana tiada lagi program latihan dijalankan di sana. - Gambar fail
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.