SUKAN
Jawatankuasa Tatatertib FIFA denda RM52,000, amaran kepada Mokoena

Aksi Teboho Mokoena selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Afrika Kumpulan C antara Lesotho dan Afrika Selatan di Stadium Toyota, Bloemfontein, Afrika Selatan, 5 Sept 2025. REUTERS
JAWATANKUASA Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memberikan hukuman penolakan tiga mata kepada Afrika Selatan selepas menurunkan Teboho Mokoena yang berada dalam penggantungan perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning.
Afrika beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Afrika menentang Lesotho dengan Mokoena bermain selama 81 minit dalam membantu kemenangan 2-0 pasukannya.
Namun, selepas hukuman itu menyaksikan FIFA memberikan Lesotho kemenangan 3-0 ke atas skuad Bafana Bafana itu, dan Mokoena diberikan amaran..
Tidak terhenti di situ, pasukan itu diberikan penolakan tiga mata dalam saingan Kumpulan C selain didenda AS$12,536.04 (RM52,843) selepas melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (FDC) Peraturan Piala Dunia.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami