MALAYSIA
Selangor hantar pegawai ke China, belajar operasi tenaga nuklear

Fadillah (dua, kanan) bersama Amirudin (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holding Datin Norazlina Zakaria (kanan) ketika gimik perasmian PIPP di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini. - Gambar/ Bernama
PELABUHAN KLANG: Selangor akan menghantar pegawai ke China bagi mempelajari pengoperasian penjanaan tenaga berasaskan nuklear sebagai sebahagian pelan bekalan tenaga mesra alam atau boleh diperbaharui di negeri itu.
Ringkasan AI
- Selangor akan menghantar tiga hingga empat pegawai ke Tsinghua University, China pada Mac 2026 untuk mempelajari pengoperasian tenaga nuklear sebagai langkah awal pembangunan sumber manusia dalam pelan tenaga boleh diperbaharui negeri.
- Inisiatif ini akan dimasukkan dalam Belanjawan Negeri 2026 dan disokong oleh pembiayaan kerajaan negeri, dengan enam pelajar Malaysia kini sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang berkaitan di universiti tersebut.
- Pelancaran Stesen Janakuasa Pulau Indah (PIPP) yang menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga bersih menandakan komitmen Selangor terhadap penjanaan tenaga hijau, dengan projek bernilai RM3 bilion itu dijangka menjana pendapatan RM1.6 hingga RM2 juta.
"Kita akan mula dengan hantar tiga ke empat pegawai, bakat dari Selangor...yang kita rasa sesuai untuk hantar ke sana. Ketika ini ada enam pelajar Malaysia di sana sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Stesen Janakuasa Pulau Indah (PIPP) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.
Amirudin berkata usaha berkenaan akan dimasukkan dalam inisiatif Belanjawan Negeri 2026 dan dijangka bakat berkenaan akan dihantar pada Mac tahun hadapan.
Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran PIPP oleh Fadillah sebagai simbolik pengoperasian loji berkenaan yang sudah bermula sejak 1 Mac lepas.
Amirudin berkata projek PIPP merupakan penanda aras penting apabila ia merupakan pelaburan langsung asing pertama dari Korea Selatan menerusi Korea Electric Power Corporation (KEPCO) dengan keseluruhan kos projek bernilai lebih RM3 bilion.
Katanya PIPP yang menggunakan pembakaran gas asli adalah antara sumber tenaga bersih dan sebahagian daripada perancangan negeri ke arah penjanaan tenaga hijau atau boleh diperbaharui.
"Bagi PIPP, ia dijangka menjana pendapatan RM1.6 juta hingga RM2 juta. Ia juga menawarkan bekalan tenaga kepada perindustrian pada tarif yang lebih kompetitif.
"Di masa hadapan kita ada solar, kita juga ada projek hidro mini di Batang Kali, selepas ini sisa ke tenaga (WTE). Itu adalah transisi yang lebih baik daripada arang batu dan kita akan terus mencari sumber tenaga sebaiknya," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami