awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT belasah Kedah 6-1 di Stadium Darul Aman

Bernama
Bernama
29/03/2025
22:00 MYT
JDT belasah Kedah 6-1 di Stadium Darul Aman
Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. - Gambar Facebook Johor Southern Tigers
ALOR SETAR: Juara Liga Super 11 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Aksi babak pertama menyaksikan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan.
Namun, JDT berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi penyudah kemas Bergson Gustavo selepas menerima hantaran Junheong Park diikuti kehebatan Romel Morales menggandakan kelebihan pelawat seminit kemudian dengan menyempurnakan umpanan Bergson di dalam kotak penalti.
Skuad JDT terus mengukuhkan kedudukan apabila Bergson sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti selepas Oscar dijatuhkan.
Kedah cuba bangkit dan memperoleh gol tunggal mereka pada minit ke-33 hasil jaringan Mohammad Afeeq Iqmal Rosli yang bijak memperdayakan penjaga gol lawan, Ahmad Syihan Hazmi.
Namun, jaringan itu tidak cukup untuk menghalang dominasi JDT apabila Jordi Amat menambah gol keempat menerusi tandukan pada minit ke-60 diikuti rembatan Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-82.
Bergson kemudian melengkapkan hatriknya dengan satu lagi sepakan penalti pada masa tambahan memastikan kemenangan bergaya 6-1 buat JDT.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT belasah Kedah
#Stadium Darul Aman
#JDT vs KDA FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan