Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan dengan dua bekas jaguh Liga Juara-Juara Asia (ACL) - Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings - pada saingan peringkat kumpulan ACL musim 2020.
Ketiga-tiga pasukan itu diundi dalam Kumpulan G bersama satu lagi pasukan dari Jepun yang akan ditentukan selepas final Piala Maharaja Jepun 2019 pada 1 Januari depan.
Saingan separuh akhir Piala Maharaja Jepun 2019 akan berlangsung pada 21 Disember ini antara Vissel Kobe menentang Shimzu S-Pulse dan Kashima Antlers berdepan V-Varen Nagasaki.
Guangzhou Evergrande dari China di bawah bimbingan legenda Itali, Fabio Cannavaro, menjadi juara ACL pada 2013 dan 2015 manakala Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan pada 2001 dan 2002.
Undian berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini pada Selasa.
JDT mencipta sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia layak secara automatik ke peringkat kumpulan ACL musim ini dan menamatkan saingan di tangga tercorot dengan empat mata selepas menang sekali dengan Kashima Antlers dari Jepun, satu seri dan empat kalah.
"Bagi kami, semua pasukan lawan adalah sukar kerana tahap mereka adalah tinggi. Justeru, kami perlu menilai pasukan lawan dan perlu bersedia berdepan dengan corak permainan mereka, " kata pengurusan pasukan JDT, Luciano Figueroa, selepas majlis pengundian itu.
Dalam pada itu, satu lagi wakil kelab dari Malaysia, Kedah, akan menentang kelab Hong Kong, Tai Po pada aksi kelayakan play-off dan jika menang, akan berdepan dengan kelab Korea Selatan, FC Seoul.
Kemenangan perlawanan play-off itu akan memberikan tempat dalam Kumpulan E bersama Beijing FC, Chiangrai United dan satu lagi pemenang play-off.
Sementara itu, juara musim ini, Al Hilal FC dari Arab saudi berada dalam Kumpulan B bersama-sama dengan wakil Emeriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli Dubai FC, FC Pakhtakor Tashkent (Uzbekistan) dan pemenang play-off zon Barat.
Kumpulan ACL 2020:
Kumpulan A: Al-Wahda FC (UAE), Al-Shorta (IRQ), ( 2 pemenang Play-off)
Kumpulan B: Al Hilal (KSA), Shabab Al Ahli Dubai FC (UAE), Pakhtakor (UZB), Play-off
Kumpulan C: Al Duhail (QAT), Al Taawoun (KSA), Sharjah FC (UAE), Persepolis FC (IRN)
Kumpulan D: Sepahan FC (IRN), Al Sadd (QAT), Al Nassr (KSA), Play-off
Kumpulan E: Beijing FC (CHN), Chiangrai Unite (THA), ( 2 pemenang Play-off)
Kumpulan F: Ulsan Hyundai FC (KOR), Shanghai Shenhua FC (CHN), Perth Glory FC (AUS), Play-off
Kumpulan G: Juara Piala Maharaja Jepun, Suwon Samsung Bluewings (KOR), Guangzhou Evergrande FC (CHN), JDT (MAS).
Kumpulan H: Sydney FC (AUS), Yokohama F Marinos (JPN), Jeonbuk Hyundai Motors (KOR), Play-ogg.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019
JDT bakal berdepan dengan dua bekas jaguh Liga Juara-Juara Asia (ACL) - Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JDT berdepan dengan dua bekas juara pada saingan ACL 2020
Berdepan dengan dua bekas jaguh Liga Juara-Juara Asia (ACL) - Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings.