awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT II muncul juara Liga Perdana

Astro Arena
Astro Arena
30/09/2022
15:32 MYT
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi. - Stadium Astro
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
JDT II menutup saingan Liga Perdana musim dengan dengan 42 mata, terhasil menerusi 13 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan. Mereka turut telah menghasilkan 38 gol dan hanya dibolosi 13 kali sepanjang saingan 18 perlawanan.
Tiada jaringan berjaya dihasilkan dalam separuh masa pertama selepas kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang seimbang, enam percubaan di separuh masa pertama daripada JDT II gagal diterjemah kepada jaringan.
Jaringan pembukaan akhirnya hadir pada minit ke-49 apabila hantaran silang Daniel Ting terhasil berjaya ditanduk masuk oleh Daryl Sham.
Tiada jaringan tambahan yang terhasil membenarkan JDT II menamatkan musim yang indah dengan kemenangan sekaligus merangkul kejuaraan Liga Perdana.
Kelantan FC menamatkan saingan di tempat kedua selepas mengutip 37 mata.
Topic Berkaitan
#JDT II
#Liga Perdana
#Liga Premier
#bola sepak
#Juara
#Selangor FC II
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan