Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini Sabtu malam.
Kekalahan itu tidak menggugat JDT untuk terus mempertahankan Piala Liga Super menerusi kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Kedah dengan tiga baki perlawanan.
Lebih manis, kejayaan tersebut turut disaksikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menyaksikan perlawanan itu.
Untuk rekod, JDT muncul juara Liga Super sejak 2014.
Pada aksi di Selayang, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Natxo Insa pada minit ke-38 sebelum Selangor bangkit melakar dua gol hasil sumbangan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 dan pemain gantian, Andik Vermansah pada minit ke-77.
Kedah pula gagal merapatkan jurang mata dengan JDT setelah kalah 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pada aksi berkenaan, Pahang meraih jaringan menerusi Yamil Jorge Gonzalo Romero pada minit ke-64 dan Matheus Alves Leandro pada minit ke-79 manakala Kedah memperolehi gol tunggal hasil sentuhan penyudah, penyerang Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-77.
Perak pula kekal di tangga keenam liga walaupun mengatasi PKNS FC 2-0 di Stadium Perak, Ipoh.
Dua gol skuad 'The Bos Gaurus' dijaringkan oleh Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-55 dan Gilmar Jose Da Silva Filho, selang empat minit kemudian.
Kelantan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1 - 1 menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi pada minit ke-24 sebelum Alessandro Padovani Celin menyamakan kedudukan untuk Kelantan, selang seminit kemudian.
Dalam pada itu, Melaka United terus menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran setelah menang bergaya 5-1 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Lima gol Melaka United dijaringkan oleh Marko Simic pada minit ke-50 dan ke-89, Muhammad Fauzi Rozlan (minit ke-60), G. Puaneswaran (minit ke-70) dan Felipe De Almeida Souza pada minit ke-73.
T-Team memperoleh gol tunggal hasil jaringan Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-32.
Sementara itu, Pulau Pinang sah tersingkir ke saingan Liga Perdana, musim depan setelah kalah 0-2 kepada Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.
Dua gol skuad Bujang Senang dijaringkan oleh Mohamad Alif Hassan pada minit ke-51 dan Awang Kamaruddin Awang Bohan pada minit ke-72.
Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Mohd Azrul Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil Wan Mohamad Tarmizi pada minit ke-61 kerana cuba menumbuk pemain import Sarawak Milos Raikovic.
--BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2017
JDT muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini Sabtu malam. -Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.