awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT kekal rekod tanpa kalah buat tiga musim berturut-turut

Bernama
Bernama
16/04/2025
15:44 MYT
JDT kekal rekod tanpa kalah buat tiga musim berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Negeri, Kuching Rabu malam. - Bernama
KUCHING: Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi gah menutup tirai kempen Liga Super 2024/2025 tanpa tewas buat musim ketiga berturut-turut apabila menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Negeri, Kuching Rabu malam.
Mesin gol JDT, Bergson Da Silva tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan hasil sepakan penalti seawal minit kelima setelah Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti.
Pasukan pelawat sekali lagi menunjukkan taring mereka apabila pemain kelahiran Colombia Romel Morales berjaya menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-26.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur serangan berbahaya namun tidak berjaya membuahkan hasil jaringan gol.
Kemenangan hari ini menyaksikan JDT yang merupakan juara liga musim ini mengakhiri saingan Liga Super dengan 70 mata dengan rekod tanpa kalah selepas 24 perlawanan manakala Kuching City FC berada di tempat keempat liga dengan 36 mata.
Kali terakhir skuad Harimau Selatan tewas di saingan Liga Super adalah pada musim 2021 di tangan Terengganu FC 0-1.
Kuching City FC yang mempunyai baki satu lagi perlawanan Liga Super musim ini akan bertemu Negeri Sembilan FC pada 20 April depan.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#Kuching City FC
#stadium negeri
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan