JDT menundukkan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman sekali gus melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan agregat 5-1.

Kedua-dua pasukan bermula seimbang apabila saling menguji pintu gol lawan dan babak pertama suku akhir kedua itu menyaksikan tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Harimau Selatan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-17 di babak kedua menerusi penyerangnya Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Kedah Khairul Helmi Johari.

Penyerang gantian JDT, Safee Sali menambah kelukaan Kedah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-84, hasil hantaran Amri Yahya.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

JDT kini akan berdepan Pahang di pusingan separuh akhir pada 5 Mei ini.