awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun

Astro Arena
Astro Arena
27/06/2022
08:12 MYT
JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio (kiri) menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT. - Stadium Astro
KEKOSONGAN posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Antara nama yang dikaitkan ke kelab selatan itu ialah pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, Daniel Ting dan Jordi Amat.
JDT mengumumkan langkah itu di media sosial, Twitter, sebentar tadi tetapi masih belum mengumumkan langkah seterusnya.
Pemain yang diberi jolokan Kereta Kebal itu telah bersama Harimau Selatan sejak empat musim lalu dengan memenangi lapan trofi bersama skuad berkenaan.
Namun, masalah kecergasan mungkin mendorong JDT untuk melepaskan pemain berusia 33 tahun dari Brazil itu.
"Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.
"Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT," kata JDT dalam satu kenyataan, hari ini.
JDT sebelum ini merancang untuk menandatangani empat pemain baru yang terdiri daripadanya dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#JDT
#Mauricio dos Santos Nascimento
#dion cools
#Johor Darul Ta'zim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan