awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bom lama seberat 227 kg ditemukan di Jasin
Operasi keselamatan Haiti musnahkan rumah ketua geng ‘Barbecue’
Lelaki maut, isteri dan anak parah kemalangan di Pendang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT menang tipis 2-1, Natxo Insa dilayangkan kad merah

Bernama
Bernama
14/01/2026
22:30 MYT
JDT menang tipis 2-1, Natxo Insa dilayangkan kad merah
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva (tengah) melepaskan sepakan namun berjaya dihalang pemain Kuching City FC Yuki Tanigawa (kiri) pada saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2025/2026 selepas menang tipis 2-1 ke atas Kuching City FC pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Ringkasan AI
  • Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super 2025/2026 dengan menang 2-1 ke atas Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • JDT mendominasi permainan namun gol awal dibatalkan selepas VAR mendapati kekasaran terhadap pemain lawan; JDT bangkit selepas beraksi dengan 10 pemain dan menang menerusi gol-gol Ignacio Mendez dan Bergson da Silva.
  • Penang FC menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC; Melaka FC pula menang 3-0 ke atas PDRM FC dengan jaringan Muhammad Sharel Fikri Md Fauzi, gol sendiri Badrul Effendy Fadli, dan gol Abdul Azim Rahim.

JDT mendominasi permainan sejak minit pertama dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya, antaranya cubaan Bergson da Silva yang menyumbat masuk gol awal tuan rumah namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran terhadap pemain lawan dalam kotak penalti.
Pasukan tuan rumah juga hampir membuka tirai pada minit ke-23 apabila Jairo da Silva menerima hantaran Oscar Arribas tetapi percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kuching City FC Muhammad Haziq Nadzli.
Kuching City FC akhirnya mencipta kejutan pada minit ke-41 apabila Scott Woods menyempurnakan hantaran Muhammad Ramadhan Saifullah Usman.
Memasuki babak kedua, beberapa percubaan menarik terus dihasilkan kedua-dua pasukan, namun JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-55 apabila kapten pasukan Natxo Insa dilayangkan kad merah selepas semakan VAR mendapati beliau melakukan kekasaran ke atas Scott Woods.
JDT bagaimanapun bangkit tiga minit kemudian apabila Ignacio Mendez menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan dari luar kotak penalti.
JDT mengesahkan kemenangan selepas Bergson da Silva menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-64 hasil hantaran Manuel Hidalgo dalam kotak penalti.
Sementara itu, Penang FC meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hasil jaringan Faith Obilor pada minit ke-36.
Di Stadium Hang Jebat, Krubong pula menyaksikan Melaka FC mengutip tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC.
Pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim diasak pemain Negeri Sembilan FC ketika perlawanan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam. --fotoBERNAMA
Pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim diasak pemain Negeri Sembilan FC ketika perlawanan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam. --fotoBERNAMA
Kemenangan pasukan tuan rumah itu diraih menerusi jaringan Muhammad Sharel Fikri Md Fauzi pada minit ke-55 hasil tandukan selepas menerima umpanan Mahali Jasuli sebelum pemain pertahanan PDRM FC Badrul Effendy Fadli tertampan bola ke gawang sendiri tiga minit kemudian.
Melaka FC menambah gol ketiga pada minit ke-90 apabila Abdul Azim Rahim menanduk masuk bola hasil umpanan Mahali, sekali gus memastikan kemenangan mutlak ke atas pasukan pelawat.
Sementara itu, Selangor FC meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan hasil tandukan padu Nooa Laine pada minit ke-61 yang menyudahkan sepakan penjuru Mukhairi Ajmal di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Kim Pan Gon melonjak ke tangga kedua Liga Super.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT
#Selangor FC
#Penang FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan