awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi sedikit susulan penurunan hasil bon AS, jejaskan dolar AS
Jumlah mangsa banjir Sarawak menurun sedikit pagi ini
AFCON: Sadio Mane pastikan Mo Salah terlepas ke final
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, isteri dan anak parah kemalangan di Pendang

Bernama
Bernama
15/01/2026
00:30 MYT
Lelaki maut, isteri dan anak parah kemalangan di Pendang
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua kaki. Foto IPD Pendang
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut manakala isteri dan anak perempuannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita hamil di Jalan Tanah Merah, dekat Pendang, semalami.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang DSP Mohd Rosli Yusof berkata mangsa, Muhammad Hafiz Mahyar, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua kaki.
"Kemalangan berlaku kira-kira 11.10 pagi ketika wanita berusia 26 tahun yang hamil lapan bulan memandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Pendang menghala ke Kubur Panjang. Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
"Kereta terbabit telah bertembung dengan motosikal dinaiki tiga beranak itu yang sedang bergerak lurus. Akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa telah tercampak ke atas jalan," katanya dalam kenyataan senalam.
Beliau berkata isteri mangsa yang berusia 31 tahun cedera di kepala dan retak tulang pinggul, anak mereka yang berusia satu tahun lapan bulan retak tempurung kepala serta patah paha kanan manakala wanita hamil itu mengalami sakit di bahagian perut.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat manakala kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Pendang
#motosikal dinaiki tiga beranak
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami