Kelab Inggeris, Chelsea memperoleh kemenangan kedua dalam Siri Jelajah Asia 2013.

Kali ini, The Blues menewaskan pasukan Malaysia 4-1 dalam pertemuan di Stadium Shah Alam.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho menurunkan beberapa tonggak utamanya pada babak pertama seperti Michael Essien, John Terry dan Branislav Ivanovic.

Turut membuat penampilan, penjaga gol baru, Mark Schwarzer.

Chelsea hanya memerlukan lima minit perlawanan untuk membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore.

Disusuli gol kedua daripada pemain antarabangsa Belgium, Kevin De Bruyne pada minit ke-28.

Kelab berpangkalan di London itu makin selesa apabila seorang lagi tonggak Belgium, Romelu Lukaku menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan babak pertama.

Selepas membuat beberapa pertukaran pemain di babak kedua, Chelsea mula memperlahankan rentak.

Harimau Malaya di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal turut membuat beberapa pertukaran bagi menyaingi lawan.

Namun Chelsea memperoleh gol keempat menerusi Victor Moses pada minit ke-88.

Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi tandukan pemain pertahanan negara, Fadhli Shas di penghujung permainan.ictor Moses sebelum tiga minit kemudian Mohd Fadhli Mohd Shas menjaringkan gol saguhati negara.