awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun gagal ke separuh akhir

Bernama
Bernama
19/12/2025
21:45 MYT
Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun gagal ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 21-17, 18-21, 15-21. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Tiada wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki di pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas dua pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal melepasi peringkat kumpulan pada Jumaat.
Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 21-17, 18-21, 15-21 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam 10 minit.
Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga.
Nasib sama turut dialami Wei Chong-Kai Wun yang tunduk kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae 25-23, 21-14, 19-21, sekali gus menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga.
Terdahulu, dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir menerusi juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA Thailand, Pearly Tan-M Thinaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jelajah dunia
#Aaron-Wooi Yik
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan